Selamat Hari Lahir Puteriku

Nur Dhania menyambut hari lahirnya yang ke 12 pada hari ini (12 Oktober). Pejam celik sudah 12 tahun umur puteri sulungku ini. Aku merasakan baharu semalam ia dilahirkan oleh ibunya di mana aku turut bersama di 'labor room' menyambutnya. Ia hadir dalam hidup kami setelah satu penantian yang begitu lama, 5 tahun. Allah maha kuasa 'Kun Fayakun' firmanNya, maka jadilah.... begitu kehendakNya. Maha suci Allah. Aku amat bersyukur dengan kehadirannya bersama adik-adiknya yang lain yang menyerikan lagi rumahtangga kami.

Kini Nia (Kak Yung) sudah berada di tahun 6 persekolahan dan baharu sahaja selesai UPSR. Tahun depan dia akan ke sekolah menengah. Belum tahu samada akan berada di asrama atau tidak. Namun bagi adik-adiknya, mungkin masih belum bersedia menerima hakikat Kak Yung, yang juga idola mereka akan berpisah dengan mereka, begitu juga dengan ayah dan ibunya!

Kepada Nia, ayah ucapkan Selamat hari lahir. 12 tahun adalah titik permulaan bagi banyak perkara. Ayah harap Kak Yung akan sentiasa tabah menghadapi hari-hari mendatang yang lebih mencabar. Jangan abaikan solat dan lain-lain tuntutan agama. Teruskan berbuat baik sesama manusia, dan teruskan berusaha untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang. Rintislah kejayaan sambil memberi teladan dan semangat kepada adik-adik. Ayah tidak punyai harta berjuta untuk diwariskan, yang ayah ada hanyalah kasih sayang seorang ayah yang tidak pernah pudar hingga akhir hayat. Selamat Hari Lahir puteriku! Ayah sayang kamu.


Comments

fido said…
hi..
happy belated birthday..kepada anak sulung budakbudu..

Soal samada untuk tinggal di asrama atau tidak..
Satu persoalan timbul - cukupkah selama 12 tahun tinggal bersama-sama ibu-bapa, adik2?..

Soal pandai, cerdik tidak menjadi begitu penting sakarang ini.
Sebab yang penting jadi lah seorang insan yang celik budi..
Pak Yob said…
Dhania:PakYob ucapkan selamat hari jadi dhania
fido said…
Nur Dhania
12/10/1994

1+2+1+1+9+9+4=27
2+7= 9

Your destiny number is 9
indica said…
Selamat ULTAH kpd Dhania.. semoga menjadi kebanggaan kepada orangtuamu.
tee said…
happy besday to ur dother. :)
fido said…
Positive points of destiny number 9

1.Responsible person-have harmonious relationship with others
2.Have very broad view of things and obliging homely who dislike quarrels and disputes
3.Devote to the benefit of society and very ambitious
4.Even though very emotional but able to control during difficult situations
McBudu said…
fido: 9 in chinese kaw. Pandailah kome buat ramalan....
fido said…
mcbudu:
actually 'kaw' is in-Hokkien

Children born on the 12th of any month wud likely bring changes to their parents, guardians or themselves at their ages of 3 and 12.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku