Matlamat menghalal cara

Ribut akhir-akhir in berkenaan kenyataan KY Lee, berkenaan tuduhannya yang Bangsa Cina di pinggir (marginalised) dan di diskriminasi di Malaysia. Malaysia pula bertindak balas menyatakan sebaliknya Melayu di Singapura sebenarnya dipinggir secara sistematik. Aku tak peduli semua itu, bagi aku, tak ada apa yang perlu diriuhkan kerana ahli-ahli politik akan sentiasa mencari modal untuk bercakap dan menunjuk jantan (walaupun seorang perempuan).

Yang aku nak tulis hari ini adalah juga berkenaan 'marginalisation' terancang yang sedang berlaku ke atas diriku. Sebagaimana posting aku yang lepas, aku katakan mungkin aku akan disembelih bila berpindah ke syarikat baharu ini, nampaknya kenyataan itu telah menjadi kenyataan. Semalam sekali lagi Lembaga Pengarahku 'reverse' keputusan terdahulu dengan melantik seorang lagi wakil pihak minoriti memegang jawatan tertinggi syarikat. Kini ada dua peneraju mewakili pihak mereka.

Semalam juga aku dipanggil untuk bermesyuarat. Aku hadhir dengan satu niat, akan aku lakukan yang terbaik untuk syarikat. tapi sebaliknya berlaku. Sebelum mesyuarat, aku telah di panggil oleh seorang Pengarah yang aku panggil 'Macha' . Dia memberi amaran kpd aku jangan celupar, berkelakuan sopan dan jangan melawan bos! Aku katakan padanya selama ini aku hanya membuat kerjaku secara lurus dan telus, nothing personal! Wah, dia terus melenting dan mengatakan aku keras kepala dll. Mungkin kerana perut aku lapar, aku pun naik angin. Aku maki dia cukup-cukup dan the last word yang pasti aku ingat sampai mati yang aku hamburkan ialah ..."Ari, you go to hell!". Memang dia bengang giler, tapi benggang dia je, benggang aku? Selepas itu dia ada precouncil meeting dengan 'the new captain of the company', seorang German bodoh, berlagak pandai.

So bila tiba masa meeting, aku terkejut kerana apa yang diperkatakan oleh si German bodoh ni sebijik dgn apa yang Pengarah kadok naik junjung tu katakan. Tapi, aku ada etika ketika mesyuarat, aku tak mungkin melenting masa itu, itu lumrah aku. Walaupun aku dinafi hak aku, disekat kebebasanku, dikeluarkan dari bilik aku (aku hanya kata I don't mind!), aku mungkin tak akan dapat kereta syarikat, aku mungkin akan disembelih secara perlahan.... aku biarkan sahaja. Aku dah tahu matlamat mereka - singkirkan aku, at whatever cost!.

Aku pernah bekerja dengan dua orang Mat salleh semasa di KL Kepong Bhd, tapi mereka lebih cerdik dan memberi kenaikan gaji yang amat lumayan kepadaku ketika itu. Tapi yang ini sememangnya datang dengan hasrat untuk meminggir dan menyembelih aku, agar aku keluar dari syarikat.

Setelah mereka cuba menghalang aku dahulu, aku tahu mereka tidak akan berhenti kini, malah kini tugas mereka semakin mudah.

Kini aku sedar Pengarah yang menghantarku ke sini hanya menyuruh aku jadi ayam sabung, tapi aku tiada taji. Dicampak ke medan perang, tapi tidak diberi senjata. Lebih banyak aku menyerang, akan lebih banyak aku cederakan diri sendiri, dan tiada siapa yang akan merawat luka ku itu, kecuali aku sendiri.

Setelah berfikir, aku mendapat rumusan bahawa aku sebenarnya hanya berseorangan ingin mempertahankan pelaburan syarikat. Aku berjuang satu peperangan yang sia-sia sebenarnya. Sesungguhnya kebaikan pada mata aku, bukanlah selalunya kebaikan pada mata orang lain juga. Pernah terfikir untuk merujuk kepada pihak tertentu, tapi perkara yang aku persoalkan nilainya puluhan juta RM. Aku boleh hilang nyawa kerananya. Aku punya keluarga, isteri dan anak-anak yang lebih memerlukan aku. Aku rasa tak berbaloi mati kerana memperjuangkan satu prinsip yang tidak disokong oleh pemegang saham sendiri. Aku percaya sedang aku disembelih, di belakang sana mereka hu ha he hi, bergembira. Mana aku tahu apa terjadi dalam 'Board Room' ! Semua ini sandiwara mereka.

Aku tiada banyak wang Ringgit, juga tiada harta bergunung tapi aku punya prinsip dan harga diri, mungkin itu tiada nilai pada orang lain, namun itulah sahaja yang aku ada. Mungkin aku akan dicop bodoh kerana terlalu mempertahankan prinsip, tapi Aiman tak kisah..... Aku hanya ada sikit saja lagi sisa-sisa hidup, aku tak sanggup di waktu yang singkat ini aku gadaikan prinsip hidupku. Di masa yang sama, aku akur, aku tiada tempat di sini, aku akan pergi...... mungkin di luar sana tiada pangkat, tiada gaji besar, tapi di sana mungkin ada ruang untuk meletak satu kebenaran di tempat yang sepatutnya. Bukankah itu lebih bermaana?




Comments

indica said…
Aku salute dgn ko dan kengkawan yg memiliki prinsip. Aku ni nak kata ada prinsip rasa cam tak ada pulak...prinsip aku, biarlah arus kehidupan yg menentukan halatuju hidupku. Lebihkurang tak berprinsip le aku ni ye..:(

Utk ko, semoga tabah dan sentiasa smart menghadapi cobaan2.
McBudu said…
Sebenarnya akupun tak tahu samada aku buat perkara yang betul atau tidak untuk diriku dan keluarga. Ramai orang yang aku panggil kawan mengatakan aku terlalu ego mempertahankan satu prinsip bodoh. Sebenarnya tidak ramai orang yang menganggap tindakan aku bijak. Ramai berpendapat yang aku sepatutnya tidak menongkah arus, untuk memudahkan hidupku. Aku keliru, namun hidup pasti diteruskan berpandukan kebenaran. Panggillah ia ego, keras kepala atau bodoh, bagiku kebenaran tiada kompromi. Matlamat tidak menghalalkan cara. Bak kata Pak Yob "Jangan sampai...if you cannot go against them, join them..!"
Mus said…
Sebab tu la agaknya GLC projek kebanyakannya semput. Tak pa Tuan, seperti yang selalu aku kata: "kalau menghalalkan cara pun, tak sekaya mana". Syukur apa yang kita ada. Bekerja adalah satu ibadah bukannya maruah dan juah. Jadikan ibadah itu sesuatu yang diredai Allah. InsyaAllah keberkatan hidup akan tuan perolehi walau dimana jua tuan berada.
McBudu said…
mus: amin....ya rabbal alamin....TQ
Pak Yob said…
Syabas mcbudu...kalau dah ibarat mentimun apa kan daya...bukan kita redha..jauh sekali mendukungnya.Sepak terajang dunia korporat adakalanya lebih dasyat dari alam politik...wang satu sen pun boleh buat orang hilang nyawa. Buat mcbudu..aku respek kat ko, selama ni aku hanya dengar orang kata mereka berprinsip tapi bila diacah sahaja, bertabur prinsipnya..tapi dalam kes ko memang ibaratnya ko disuruh berenang dengan tangan kaki diikat.....semoga ko tabah.

indica: takde prinsip boleh dimaafkan..tapi prinsip rukun negara ko ingat tak?
McBudu said…
Pak Yob: Jarang ada sahabat memberi pendapat begitu, thanks so much, I really appreciate it.
sya said…
Mc Budu, kak sya mungkin kurang memahami politik korporat. Tapi diluar sana ada banyak lagi peluang terbuka. Rezeki Allah yang bagi bukan mereka. Teringat kata-kata seorang kawan.. Jangan berkerja bermatian utk satu kerja sebab seorang majikan tidak akan menangis jika terjadi sesuatu pada kita. Hari ni kita mati, esuk dah berderet orang menunggu utk menggantikan kita. nobody is indispensable.
McBudu said…
Sya: I fully agreed with you, no body is indispensable. Kata-kata itu membuat saya merasa amat kerdil berbanding kekuasaan Allah yang maha pemurah yang memberi rezeki setiap manusia. Thanx pal!
umaq_eiman said…
abg budu. saya sangat bersimpati dengan korporat melayu.

saya harap abg budu tabahkan hati dan terus menerus berusaha bangunkan daya ekonomi melayu. saya bukan melayu sangat tapi sangat cintakan bangsa ini.

melayu berekonomi mampu berdiri di bumi sendiri.
McBudu said…
eiman: Thanks for dropping by. Melayu boleh, it just needs more efforts from people like us.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku