Selamat Hari Raya


Masjid Al Aqsa - lambang perjuangan rakyat Palestin


Selamat Hari Raya Idilfitri, maaf zahir dan batin dari warga Semalu kepada rakan-rakan semua semoga Allah memberkati segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan dan bulan-bulan sebelum dan selepasnya.

Idilfitri hari gembira, hari kemenangan bagi satu perjuangan melawan hawa nafsu. Namun dalam asyik bergembira, ingatlah sama kepada mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya saudara-saudara kita di Palestin, Selatan Thai, Iraq, Afgan dan lain-lain lagi yang saban hari bergelumang dengan darah dan airmata menahan kedukaan. Ingatlah juga saudara-saudara di kiri kanan kita yang berpuasa sepanjang tahun kerana tidak mampu berbelanja seperti kita. Sedang kita bergembira dengan rezeki yang ada, sebenarnya itu juga satu ujian bagi kita. Ujian kemewahan adalah satu ujian yang amat sukar.

Bergembiralah kerana kita lulus satu ujian mengekang hawa nafsu di bulan Ramadhan, jangan bergembira kerana kita banyak baju baru, banyak perabut baru, banyak kuih raya dan banyak duit raya!


Selamat Hari Raya Idilfitri, maaf zahir batin.

Comments

indica said…
Lama ke cuti weh ? Balik mana gamaknya raya tahun ni? kalau balik kampong tu, berhati-hati di jalan raya. Kalau balik Bidor, lajak-lajak le ke mastan ghani ..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin buat Warga Semalu.
McBudu said…
TQ, selamat Hari raya kpd kamu juga, ikhlas drp kami sekuluarga. kalau ada kelapangan datanglah beraya ke Shah Alam.
tee said…
eid mubarak to u n ur family...maaf zahir & batin boss. :)
fido said…
Suasana raye masih terasa selagi bulan Syawal belum tunduk.

Yes. Ujian kemewahan adalah satu ujian yang amat sukar..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku