Posts

Showing posts from October, 2006

Selamat Hari Raya

Image
Masjid Al Aqsa - lambang perjuangan rakyat Palestin


Selamat Hari Raya Idilfitri, maaf zahir dan batin dari warga Semalu kepada rakan-rakan semua semoga Allah memberkati segala amalan kita di sepanjang bulan Ramadhan dan bulan-bulan sebelum dan selepasnya.

Idilfitri hari gembira, hari kemenangan bagi satu perjuangan melawan hawa nafsu. Namun dalam asyik bergembira, ingatlah sama kepada mereka yang kurang bernasib baik, terutamanya saudara-saudara kita di Palestin, Selatan Thai, Iraq, Afgan dan lain-lain lagi yang saban hari bergelumang dengan darah dan airmata menahan kedukaan. Ingatlah juga saudara-saudara di kiri kanan kita yang berpuasa sepanjang tahun kerana tidak mampu berbelanja seperti kita. Sedang kita bergembira dengan rezeki yang ada, sebenarnya itu juga satu ujian bagi kita. Ujian kemewahan adalah satu ujian yang amat sukar.
Bergembiralah kerana kita lulus satu ujian mengekang hawa nafsu di bulan Ramadhan, jangan bergembira kerana kita banyak baju baru, banyak perabut baru, ban…

Selamat Hari Lahir Puteriku

Image
Nur Dhania menyambut hari lahirnya yang ke 12 pada hari ini (12 Oktober). Pejam celik sudah 12 tahun umur puteri sulungku ini. Aku merasakan baharu semalam ia dilahirkan oleh ibunya di mana aku turut bersama di 'labor room' menyambutnya. Ia hadir dalam hidup kami setelah satu penantian yang begitu lama, 5 tahun. Allah maha kuasa 'Kun Fayakun' firmanNya, maka jadilah.... begitu kehendakNya. Maha suci Allah. Aku amat bersyukur dengan kehadirannya bersama adik-adiknya yang lain yang menyerikan lagi rumahtangga kami.

Kini Nia (Kak Yung) sudah berada di tahun 6 persekolahan dan baharu sahaja selesai UPSR. Tahun depan dia akan ke sekolah menengah. Belum tahu samada akan berada di asrama atau tidak. Namun bagi adik-adiknya, mungkin masih belum bersedia menerima hakikat Kak Yung, yang juga idola mereka akan berpisah dengan mereka, begitu juga dengan ayah dan ibunya!

Kepada Nia, ayah ucapkan Selamat hari lahir. 12 tahun adalah titik permulaan bagi banyak perkara. Ayah harap Kak Y…

Matlamat menghalal cara

Ribut akhir-akhir in berkenaan kenyataan KY Lee, berkenaan tuduhannya yang Bangsa Cina di pinggir (marginalised) dan di diskriminasi di Malaysia. Malaysia pula bertindak balas menyatakan sebaliknya Melayu di Singapura sebenarnya dipinggir secara sistematik. Aku tak peduli semua itu, bagi aku, tak ada apa yang perlu diriuhkan kerana ahli-ahli politik akan sentiasa mencari modal untuk bercakap dan menunjuk jantan (walaupun seorang perempuan).

Yang aku nak tulis hari ini adalah juga berkenaan 'marginalisation' terancang yang sedang berlaku ke atas diriku. Sebagaimana posting aku yang lepas, aku katakan mungkin aku akan disembelih bila berpindah ke syarikat baharu ini, nampaknya kenyataan itu telah menjadi kenyataan. Semalam sekali lagi Lembaga Pengarahku 'reverse' keputusan terdahulu dengan melantik seorang lagi wakil pihak minoriti memegang jawatan tertinggi syarikat. Kini ada dua peneraju mewakili pihak mereka.

Semalam juga aku dipanggil untuk bermesyuarat. Aku hadhir den…

Galeri lukisan anak-anakku

Dah bertahun aku nak pamerkan hasil tangan anak-anakku, di alam siber. Aku pernah punya laman web sendiri, malangnya server yang aku tumpang jatuh muflis, habis hilang hasil kerjaku berbulan, dan lebih malang semua simpanan dalam harddiskku telah termusnah bila aku format hard driveku.

Hari ini aku tumpang hasil-hasil kerja mereka di satu laman web yang baru ku temui. Tidak sebagaimana aku harapkan, tetapi cukuplah buat sementara waktu. Hingga satu masa yang sesuai, akan aku laksanakan semua harapan tertangguh itu. Masih banyak lagi hasil kerja-kerja mereka yang belum aku scan, kerana kesuntukan masa. InsyAllah lain kali akan aku usahakan. Kepada sesiapa yang sudi silalah lawat ke galleri (Lihat Link GALLERY di sebelah)
atau click : http://s86.photobucket.com/albums/k82/budakbudu/?start=all