Antara maruah, prinsip dan wang

Aku tidak pernah merasa seserba-salah seperti waktu akhir-akhir ini. Aku telah mendapat surat pertukaran jawatan, bertugas di sebuah syarikat usahasama dalam kumpulan konglomerat yang sama. Walaupun dimiliki 70% oleh syarikat induk tempatku bertugas, namun hakikatnya semua pembuat dasar yang mewakili kepentingan majoriti seolah-olah pekak, bisu dan amat keliru lantas hampir semua keputusan dibuat sewenangnya oleh pihak minoriti.

Aku tetap seperti dulu, kalau putih aku tak tahu nak katakan hitam, begitu juga sebaliknya. Bagiku hitam tidak pasti akan menjadi lain walaupun kelabu. Hitam tetap hitam! Mungkin aku orang kampung, tidak layak berada di tengah-tengah kehidupan koperat yang buta warna kehidupan, di mana segalanya mungkin ini.

Aku memerhatikan setiap gerak-geri dan perilaku setiap pembuat dasar di syarikat baru ini. Pelaburannya boleh tahan, RM 40 juta!. Dari hari pertama, dan seterusnya, dari cara mengurus ala Ulu Chennai, lagak ala ketua union estate, cara berbelanja hingga kepada membawa saudara mara bekerja di bawah satu bumbung, semua dianggap biasa dan mereka masih bersahaja!.

Aku telah banyak kali melawan arus, mempertikai, menegur dan menyoal, tapi yang dapat hanyalah tempelakan dan sakit di hati sendiri. Apa lagi yang aku belum buat, mungkin a coup d'├ętat sahaja yang belum aku fikirkan. Mungkin kerana mulutku celupar, sebahagian daripada Lembaga Pengarah bermatian menentang kemasukan aku ke syarikat baru ini, namun yang peliknya sebahagian lagi bertegas mahu aku ke sana.

Aku tahu aku akan dijadikan ayam laga tak bertaji untuk bertarung di sana, setelah kaduk-kaduk yang naik junjung itu tidak terkawal lagi. Konon aku ke sana untuk menjaga kepentingan syarikat. Kenapa baru sekarang syarikat itu perlu aku jaga? Siapalah aku? Jika dulu sebarang nasihat dan pandanganku tidak dihirau, mengapa kini aku tiba-tiba menjadi jagoan, pengawal pelaburan syarikat? Bodoh aku menanya soalan itu, kerana aku sudah ada jawapan untuk semua persoalan, namun siapa peduli jawapan itu? Tiada markah untuk jawapan itu! Tiada nilai. Kosong!

Aku akan ke sana pada 1 Oktober ini, tiada ragu lagi. Walaupun diberi kenaikan gaji hampir 100%, namun aku tetap berat untuk melangkah, namun apa dayaku, aku hanya pacal yang menjunjung segala perintah. Aku amat maklum yang kata-kata ku bukan titah.

Prinsipku; wang bukanlah segalanya. Matlamat tidak boleh menghalal cara. Aku akan tetap berpegang pada perinsip ini kerana itulah maruah diri dan keluargaku. Dan itu sahaja pun yang aku ada! Semoga aku diberi kekuatan dan semangat untuk terus menjadi manusia, kerana dalam detik mutakhir ini amat sukar untuk menjadi manusia apatah lagi seorang insan!
.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Comments

fido said…
budakbudu:
Memang sebagai insan makan gaji memang seseorang tidak ada pilihan favourite tersendiri.

Mulakan dengan bismillah, teruskan dengan insya'allah dan sudahi dengan alhamdullillah.
Rezeki di bumi allah luas.

Renung-renung kan..Ada insan yang lebih keperitan yang dibuang kerja, rumah tergadai, keluarga terabai, hutang tak terbayar.
Alhamdullillah still ada kerja dan ada gaji untuk keluarga.


p/s: ske ngan "video-clip" kat blog budakbudu..besh sangat!
Pak Yob said…
dalam dunia sekarang...kejujuran hanya beerti di tapak kasut...duit..duit..duit..awas dengan pepatah "if u can't beat them, joint them"...anyway tahniah atas kurniaan rezeki hampir 100% itu.
McBudu said…
Fido: thanx for the advice, You are right, may be I just got a little bit carried away. Selamat Berpuasa.

P;s glad u like that VC.
McBudu said…
Pak Yob: Itu yang aku risau tu, nampak gayanya mungkin ada tekanan ke arah itu. Aku mungkin di hantar ke sana untuk disembelih... he, he.... doakan aku selamat ye... nanti bila free aku belanja kau makan dgn indica no....
fido said…
budakbudu:
Lupa nak congrats u on the increment of 100% tu...

p/s: VC tu crite pe..
"April Kiss" ke?

Selamat Berbuka dan Solat Tarawikh.
McBudu said…
Fido: Because I'm a girl, a Korean mini series, screened sometimes ago.
indica said…
Tahniah kerana mendapat kepercayaaan, increment tu satu bonus. Elok sgt le sebelum raya ni..

Selamat Berpuasa..
fido said…
budakbudu:

p/s:thanks! memang minat sangat korean mini series, Korean OST..minat giler le.
McBudu said…
Indica: TQ, money is important but money is not everything. Being on the true path is. Anyway nanti aku nak belanja hang dgn pak yob makan.

fido: Korean do come with good products nowadays, not only films, but handphones, PDA, TV, Microwaves and Cars! Tak caya tanya Indica (Kekasihnya pun Korean, Ms Getz)

(posting sebelum terawikh, he, he)
fido said…
indica:
setuju with budakbudu, money is not everything. Tul ke kekasih u Ms Getz?

budakbudu:
Ada ke tercicir fido masa bab belanja makan ..makan my share je lah. :(
Nak tak senikata lagu Because Im a Girl..(crita ni memang menghabiskan kertas tisu je...)
McBudu said…
Fido: Saja xnak ajak, sbb bulan posa! Lepas posa boleh lah....:-) Lirik dlm bahasa korea, tak gheti nak pronounce! Bab kertas tisu tu I leave it all to you....blog ini tidak bertanggungjawab ke atas kerugian kertas tisu! he he.... jgn lupa gi bazar ramadhan...beli lah apa patut, sian org meniaga.... beli banyak2 kalau xhabis simpan sahur kang...
fido said…
Antara Maruah, Prinsip dan Wang..

Fido adalah diantara yang golong dalam bab ni. Fido tak leh sewenang-wenang pegi pasar ramadhan, coz masih mengganggur..berbuka pun menumpang je..
Memang sian kat org meniaga, lebih2 lagi Fido meniaga hanya di waktu Ramadhan je,jual biskut raye..
Lauk sahur pun menumpang je apa yang lebih.

Kadang2 fikir sia-sia je belajar sampai dapat segulung Ijazah...
:(

(Posting lepas kene leter)
sya said…
Budakbudu

Terimakasih kerana melawat blog kak sya.
tee said…
just take de offer.. n dont forget to sign de offer letter... berjanggut nunggu nih.. (opss.. shhhh.tau tak pe)...
at least ada check n balance kalau u pi sana..
McBudu said…
fido: tak akan sesia sesuatu perbuatan mulia, pasti satu masa nanti kita akan realise mengapa tuhan takdirkan sesuatu yang kita tak suka kpd kita itu. Saya ada banyak pengalaman kekecewaan dalam mengejar cita-cita dan ada banyak cerita hikmah di sebalik setiap kegagalan yang di takdirkan itu. Kesabaran, walau sukar, itulah hanya satu-satunya penawar segala resah. Keep up the good spirit!

Sya: Terima kasih kerana sudi berkunjung. Kerana bulan puasa, tiada hidangan dapat diberi, cuma seikhlas salam Ramadhan dapat saya hulur, ikhlas drp saya dan keluarga.

tee: I will take that offer, and will sign the letter, if that is what the company wants..... sigh..... I will check but not so sure if I come back in a balance state! he he
indica said…
Berkunjung bulan pose mmg tak de ape yg tuan rumah boleh hidang...tunggu open house nanti baru boleh hidang-hidang..dok gitu? hehe
McBudu said…
indica: kami menunggu kome punya open house.
tee said…
balance state ke sanity state? he he..
McBudu said…
tee: both, if u dont mind! ha ha LOL

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku