Mencari Duit Cara Menipu

Dalam dunia ini ada bermacam cara untuk mencari duit. Ada dengan cara betul dan ada juga dengan cara yang tak betul. Yang aku nak tulis di sini adalah mencari duit cara menipu, tapi masyarakat sekarang ada dua version menipu ni. Satu yang disukai ramai dan satu lagi yang kurang disukai. tapi hakikatnya semuanya menipu. Kalau aku tak silap dalam kamus hanya ada satu definasi bagi perkataan menipu ni. Tak taulah kalau kamus pun dah ditipu dan diubah isinya.
.
Kes 1:
.
Sekim labu peram. Semasa Pak Man Telo mula-mula menggerakkan skim piramidnya di Taiping, semua orang berlumba-lumba melabur. Masa tu Pak Man ni wira di mata mereka. Pak Man digambarkan sebagai pakar dalam pelaburan bukan saja di Malaysia, malah diperingkat global. Masa tu perniagaannya betul belaka, tapi bila pelabur mula kerugian, tiba-tiba Pak Man jadi penipu, dan dia pun dikenakan hukuman.
.
Kes 2:
.
Seorang 'Sharifah' baru saja ditangkap polis kerana di dakwa menipu Dato' dan Datin yang bodoh dalam nilai jutaan RM. Kesalahan dia kerana menipu, tapi yang bagi duit tu secara rela, akibat kebodohan mereka, tetap betul. Kerana pelaburan tak menjadi, maka Sharifah ini ditangkap. Kini dia bersalah, dulu tidak, walaupun semasa menyerahkan duit jutaan RM tanpa Profil pelaburan, tanpa perjanjian....
.
Kes 3:
.
Beberapa orang berpengaruh mempertikaikan pameran hantu dan keranda di muzium Shah Alam. Mereka memperkatakan yang hantu itu palsu dan tipu belaka. Satu soalan yang mereka tak dapat jawab, kalau hantu itu palsu, macamana hantu yang benar? hakikatnya semua orang tak tahu macamana yang benar-benar hantu, kerana kebanyakan hantu merupai manusia. Semua orang mengambarkan hantu itu buruk rupa... jadi menipukah Muzium Shah Alam kerana semua hantu yang dipamerkan di situ buruk rupa? Kalau anda berpeluang melawat bangunan Muzium Shah Alam, anda akan berasa sedih melihat kedaifan bangunannya yang usang itu dengan dindingnya yang pecah seribu. Siapa yang sanggup beri wang untuk memperbaikinya? Tak ada siapa, kerana khalayak berpendapat Business Muzium tak komersial. Tapi mengapa bila ada 'hantu' biarpun palsu, sanggup membantu manambah dana muzium agar khazanah dan arkib Negeri terus terpelihara di dalamnya, ada pula suara-suara sumbang membantah, sedangkan hantu tak pernah minta bayaran, jauh sekali RASUAH!
.
Kes 4:
.
Gores dan menang. Mangsa tidak dipaksa membeli barangan atau menyerah wang pelaburan, tapi terpengaruh bila emosi dan perasaan tamaknya dimanipulasi oleh manis mulut jurujual profesional. Kebodohan mereka sendiri yang membuat mereka lupa logik dan rasional. Siapa salah? Jurujual ke, atau mangsa yang tamak?
.
Kes 5:
.
Akademi fantasia telah berakhir. Walau kurang meriah, jumlah SMSnya tetap berjuta. Ada yang sanggup berhabis ribuah RM hanya kerana hendakkan calunnya menang. Begitu juga dengan reality show yang lain. Ini penipuan secara halus. Penonton dimainkan emosinya, lalu dengan separuh sedar merelakan wang mereka dirampok. Tapi ini tak menjadi kesalahan kerana mereka yang menjaga betul dan salah ini meminati rancangan realiti malah turut mengundi.
.
Daripada kes-kes di atas, cuba renungkan bagaimana penipuan boleh jadi 'halal' dan 'haram', boleh jadi benar dan palsu, dan boleh jadi betul dan salah.
.
Hakikatnya, dunia sekarang amat keliru.

Comments

indica said…
Aku tak pernah melabur utk mana2 skim cepat kaya..tapi sejak kebelakangan ni aku minat pulak dgn satu skim tu.... swisscash? Pernah dengar ke? very convincing..tapi aku tak masuk lagi.
McBudu said…
Dont get your finger burnt in it. The best place to park your money is ASB. Tak untung tak per, asalkan tak hilang wang pertaruhan. I have burnt my fingers in Unit Trust, Forex, Share market and commodity trade but I never lost anything in ASB. The money keep on growing...
Pak Yob said…
melabur pastinya mahukan untung...soalnya yang halal pun boleh jadi haram...kalau yang halal laburkan wang ke perkara yang haram...untuk menyedapkan hati hingga ada pendapat yang kata itu ibarat setitik najis dalam kolam yang besar, tak memudaratkan...sebab wang itu turut dilaburkan ke banyak lagi perkara yang halal selain yang haram tadi...entahlah...dalam dunia sekarang...taraf pendidikan makin baik, graduan universiti bersepah..tapi atas desakan "untuk hidup"..maka lahirlah si penipu dan si ditipu...masing-masing mahu hidup pak.
Junita said…
ppl will do anything for money. taraf hidup makin naik...
tv asyik portray middle class drama...everything classy...
mana tak org nak ikut...
yg sedar bagus...yang terikut..nasib dia la...

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku