Posts

Showing posts from August, 2006

Mencari Duit Cara Menipu

Dalam dunia ini ada bermacam cara untuk mencari duit. Ada dengan cara betul dan ada juga dengan cara yang tak betul. Yang aku nak tulis di sini adalah mencari duit cara menipu, tapi masyarakat sekarang ada dua version menipu ni. Satu yang disukai ramai dan satu lagi yang kurang disukai. tapi hakikatnya semuanya menipu. Kalau aku tak silap dalam kamus hanya ada satu definasi bagi perkataan menipu ni. Tak taulah kalau kamus pun dah ditipu dan diubah isinya.
.
Kes 1:
.
Sekim labu peram. Semasa Pak Man Telo mula-mula menggerakkan skim piramidnya di Taiping, semua orang berlumba-lumba melabur. Masa tu Pak Man ni wira di mata mereka. Pak Man digambarkan sebagai pakar dalam pelaburan bukan saja di Malaysia, malah diperingkat global. Masa tu perniagaannya betul belaka, tapi bila pelabur mula kerugian, tiba-tiba Pak Man jadi penipu, dan dia pun dikenakan hukuman.
.
Kes 2:
.
Seorang 'Sharifah' baru saja ditangkap polis kerana di dakwa menipu Dato' dan Datin yang bodoh dalam nilai jutaan…