Kreativiti dan sensitiviti

Hujung minggu lepas aku singgah sembahyang zohor di Masjid negeri Shah Alam. Aku terkejut besar bila hampir tiba di Masjid kerana ribuan kereta disusun berderetan di tepi jalan. Yang nyata, hari itu bukan hari Jumaat. Setelah mengamati ribuan manusia berduyun-duyun menuju Muzium Negeri, Shah Alam, baru aku sedar bahawa mereka ini adalah antara jutaan manusia yang datang untuk menyaksikan pameran HANTU di Muzium berkenaan.
.
Sungguh diluar dugaan! Khabarnya angka pengunjung telah mencecah lebih sejuta orang. Inilah contoh kreativiti manusia untuk menjual produknya. Takala kebanyakan muzium menagih simpati kerajaan untuk terus wujud, Muzium Shah Alam mengaut jutaan Ringgit hanya dengan mengkomersialkan hantu! Semasa kurator muzium-muzium lain sibuk mencari bahan, rakannya di Muzium Shah Alam hanya mempamerkan hantu yang langsung tidak kelihatan, tanpa modal dan penat lelah. Hantu tak tau nak tuntut royalti, tiada cas persembahan dan tiada perjanjian!. Inilah kretiviti manusia, dan pencetus idea ini sepatutnya diberi anugerah.
.
Lain pula kisahnya di Stadium Malawati, Shah Alam. Semasa jutaan manusia berbaris menunggu giliran untuk melihat pameran hantu, Stadium Malawati, juga di Shah Alam menganjurkan ujian tilawah (Musabaqah) al-Quran. Malangnya hanya dua barisan kerusi sahaja yang berisi, itupun terdiri daripada mereka yang telah lanjut usia.
.
Berbeza dengan pameran hantu yang dikenakan bayaran untuk masuk, Stadium Malawati kosong, walaupun masuk adalah percuma. Sungguh malang, Selangor negeri maju, tapi mentaliti penduduknya masih lagi di tahap zaman pra-kemerdekaan. Cuma bezanya di zaman itu manusia tidak membayar untuk melihat hantu, tapi hari ini mereka membayar untuk melihat hantu, dan sanggup berbaris panjang.
.
Jadi di manakah tahap sensitiviti masyarakat kita hari ini?

Comments

indica said…
Kdg2 dah jadi resam dunia..kalau untuk sesuatu yg tak elok tu suka le org, utk perkara yg elok nak kena jemput pulak..

Aku maleh nak tengok pameran hantu, takut mengigau malam ...hehe
Ko dah tengok ke ?
McBudu said…
tak tengok kat muzium, Aku tengok jerangkong dalam almari...
Pak Yob said…
dah tua-tua ni..ngigau malam takpa lagi...jangan kencing malam beb..haruuu..

teringat kat hantu tiruan dalam rumah hantu yang pernah kena sepak ngan aku....
Junita said…
macam tu la mentality rakyat mesia la ni. Kita lebih suka entertainment dari information. Bila la melayu kita nak maju...Melayu now dah terbuai buai sgt dengan all the reality shows..esp AF.. For me AF is a waste of time.. and byk melalaikan kita with unnecessary things. Sorry pada sesapa yg suka tgk AF...I'm just being frank.
McBudu said…
I also wonder why they call it "Fantasia" (Fantasy) and at the same time the show is "reality"...
tee said…
Realitinya orang kita ni asyik dok kejar duniawi saje. As for me, I don't give a damn about the Hantu, well, u know la why...

tak cukup publisiti ke Musabaqah tu ek? as for me, adala tengok kejap2 kat TV. and Johan Qariah tu memang kelas gitu. Memang syahdu rasenya..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku