Bye Bye Germany!

Semalam (Selasa) aku sampai di rumah kira-kira pukul 6 petang. Belum sempat aku keluar kereta, aku di sambut oleh anakku yang ke dua, Nur Dalila, 9 tahun, dengan menunjukkan gambar pasukan Germany yang dia sudah gunting dan lekatkan dengan cara menarik di cardboard, lengkap dengan nama penuh termasuk coachnya sekali.
Anakku yang pertama Nur Dhania, 12 tahun, walaupun perempuan, memang setiap hari bermain bolasepak dengan budak-budak lelaki di depan rumahku, tetapi Dalila hanya gemar menonton sahaja, namun minatnya kepada bolasepak timbul sejak akhir-akhir ini, semenjak World Cup!. Sejak aku dan Dalila menyaksikan pertandingan awal Germany dengan Costa Rica, dia telah jatuh cinta dengan pasukan Germany ini. Dia bersorak dua kali ganda bising daripada aku sewaktu itu. Dia kini sudah mengenali pemain-pemainnya dengan nama penuh dan nama-nama mereka asyik bermain di bibirnya. Apabila Germany menundukkan Argentina dengan tendangan penalti, setiap waktu terluang tak jemu-jemu dia akan menyaksikan highlight yang sering diulang-tayang di Astro. Awal pagi tadi, aku tidak membenarkannya menyaksikan perlawanan antara Germany dengan Italy kerana dia akan bersekolah esoknya.
.
Bagun pagi, bila dikhabarkan, dia tidak boleh menerima hakikat Germany kalah, malah menghalang emaknya daripada terus memperkatakan kemenangan Italy! Marah sungguh dia dengan pasukan Italy, Italy jahat katanya!Bila aku katakan Klosse dikeluarkan, dengan marah dia bertanya siapa yang cederakan Klosse? Baginya hanya Germany pasukan yang akan disokongnya. Malah dia bersungguh mengatakan akan menunggu World Cup akan datang untuk sekali lagi memberi sokongan kepada Germany!
.
Wah, anak aku sorang ini... Tak sangka aku. Aku pun peminat Germany, tapi tak lah macam itu gayanya. Memang aku frust, tapi kenyataanya Italy adalah pasukan yang lebih mantap dan layak menang pada pagi tadi. Dan aku percaya jika Italy terus konsisten, mereka mungkin juara kali ini!
.
Kepada Dalila, kalau ayah panjang umur, ayah akan temankan Ela menyaksikan Worl Cup yang akan datang! Dan kita akan sokong Germany! (Kalau Germany layak ke akhirlah)

Comments

indica said…
Balasungkawa Germany....
Baru seketika aku cuba utk menjadi penyokong pasukan ini, mrk tumpas pulak.
Aku dapat menonton secara langsung kedua-dua gol Itali tersebut..itupun sbb tersedar TV bercakap sorang2 pukul 5 pagi.
Kpd Dalila dan ayahnya jgn bersedih, kalah dan menang adat permainan.

Mcm aku 4,5 team aku sokong... dan semuanya bungkus...kini aku cuba nak sokong Italy pulak sbb aku tgk dorang main bagus pagi tadi...
Viva Italia....hehe
McBudu said…
Clearly I missed the BMW, now I would prefer Peugeot than Fiat!
indica said…
Aku pun rasa Italy akan juara kalau dia bermain mcm lwn germany tu..Aku cukup minat tgk bgmn bola dipasskan utk kedua2 gol yg jaringkan oleh grosso dan del piero tu..gol yg dijaringkan oleh grosso juga sgt menarik..
Mungkin dalila dan ayahnya bersetuju.

Viva Italiaaa....
tee said…
i'll opt for France to take the Cup for the 3rd time. biarla Petit tak de pun, but ZZ masih ada. n also T. Henry.

cest la vie. (betul ke ayat ni?) :p

for Ila, jangan kecewa, ikut auntie sokong Perancis nak? muaaahhh.. :)
Pak Yob said…
bro, perenggan terakhir tu memang menyentuh naluri seorang bapa la...aku nak sokong Turki untuk Euro 2008 ni lak.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku