Selamat Hari Guru

Bulan Mei, macam-macam hari ada. Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari Pekerja. Minggu lepas Hari Guru. Aku tahu pun sebab anak-anak aku sibuk ajak aku pergi beli hadiah untuk guru-guru mereka.
+
Mengenang hari guru, masih jelas ingatanku kepada guru-guru favourite (dan juga guru-guru yang aku tak suka) semasa sekolah dulu. Masa di SM Clifford, K.Lipis, ada sorang guru tu, Mr Sey, ajar aku Chemistry dan di sebelah petang ajar karate. Aku tak berapa minat Chemistry dan sukar nak faham bila berada di dalam kelasnya. Jadi aku nak ambil perhatian dia, aku masuk kelas Karate, lepas tu aku mudah nak jumpa dia bila-bila masa, bila ada masalah. Tapi aku murid yang paling selalu ponteng kelas karate, sampai kena drop....tali pinggang putih sampai ke sudah, namun aku berjaya lulus Chemistry dengan gred yang baik! Nak jadi cerita, sedikit masa dulu, selepas 25 tahun, dari mana entah dia dapat nombor telefon aku, dia call buat appointment nak jumpa aku! Aku teramat exited, pasti dia dah somebody kot dekat Kementerian Pendidikan.... dia jumpa aku kat pejabat, rupa-rupanya sekarang dia jual insuran dan saham amanah... dah pencen rupanya.... dia pun dah tak gagah dan macho macam dulu, black belt masih lah....
Pengorbanan guru memang tiada taranya. Semua kita terhutang budi kepada guru. Aku tertonton satu bicara spontan 'Bersama Linda (Onn)' di Astro Ria minggu lepas, tajuknya "Wajarkah Polis dikerah campurtangan dalam masalah murid ponteng?" Ada dua kumpulan yang memberi pendapat, kumpulan pertama mempertahankan rancangan Kementerian Pendidikan itu, yang satu lagi termasuklah seorang yang mendakwa dirinya sebagai pakar pemakanan (Apa kena-mengena dengan murid ponteng?), membantah. Kumpulan kedua ini habis-habisan menyalahkan guru dalam kes murid ponteng ini. Yang pakar makanan tu mengatakan guru tidak mempunyai sistem yang betul dan macam-macam lagilah yang menyebabkan murid ponteng kelas. Lepas tu aku tukar Channel lain, bila aku rasa perbincangan mereka tak ilmiah langsung.
+
Minggu lepas juga ada satu seminar keibubapaan yang dihoskan oleh Dato' Dr Fadhilah Kamsah. Masuk percuma. Amat informatif dan menyegarkan semula minda ibu-bapa. Dr Fadhillah menceritakan ada seorang guru yang ingin berkongsi pengalaman di sekolahnya. Menurutnya, guru wanita itu menceritakan, ada seorang murid yang ditangkap merokok di sekolah tiga kali, dan dikenakan tindakan disiplin. Selang beberapa minggu dia ditangkap lagi buat kali keempat. Kerana telah empat kali, ibu-bapanya dipanggil ke sekolah. Setelah 2 kali membatalkan appointment, bapa murid tersebut hadir, itupun beberapa jam lewat, tapi guru berkenaan sabar menanti. Bapa murid ini adalah seorang ahli koperat yang berjaya, kaya dan bergaya. Sampai sahaja di bilik guru dia terus tanya " Apa yang penting sangat cikgu panggil saya?" Cikgu tu terangkanlah apa yang terjadi. Bapa budak tu dengan selamba berkata " Saya memang benarkan dia menghisap rokok, tapi dua batang saja sehari, itupun bukan dekat sekolah... nantilah saya beritahu dia jangan hisap kat sekolah!" Lepas tu dia bertanya "Itu saja ke masalahnya cikgu?, saya kena cepat ni, ada mesyuarat....!"
+
Memang ada segelintir guru yang tidak bersungguh dalam tugas, namun majoriti mereka masih komited dan sepenuh hati mengajar anak bangsa. Kita semua pernah menjadi murid, dan secara sedar atau tidak, sengaja atau tidak, kita pernah melanggar disiplin sekolah.......wajarkah guru-guru sahaja dipersalahkan? Bukankah seluruh murid-murid, ibu-bapa, masyarakat dan kerajaan bertanggungjawab?
+
Memetik kata-kata seorang sahabat yang juga merupakan seorang guru "Bila keputusan peperiksaan seorang murid itu cemerlang, maka ibu-bapa dan murid itu mendapat pujian, tapi bila seorang murid gagal, maka cikgulah yang dipersalahkan..."
+
SELAMAT HARI GURU.....!

Comments

indica said…
Cikgu ni ada macam-macam..ada yg baik, ada yg garang..cikgu yg baik dgn aku namanya mr.chong ajar science masa PMR (hehe), aku dpt A1..huhu..dia juga coach vball aku.. aku tak pernah contact lepas spm..kesian, la ni dah mendiang...
Yg garang dgn aku namanya Cikgu Bada...masa tu aku darjah 2...kesalahan aku menyalin masa dia tgh tulis kat papanhitam, dikoyaknya buku aku..sampai terkulat-kulat aku dibuatnya.. mungkin dia gaduh dgn bini kot, aku pulak jadi mangsa..cis!!
Ngapa le aku tak pernah bercita-cita jadi cikgu?
McBudu said…
Berita terakhir aku dengar, Cikgu Bada ni dah pencen, tapi masih sering bergaduh dengan bininya dan pernah ditahan polis pada tahun 2004 kerana mengoyak poster pilihanraya!

P/s Kamu pernah jadi cikgu, cikgu volleyball aku!
indica said…
Ingatkan Cikgu Bada dah jadi Bade...

cikgu volleyball dah pencen...hehe

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku