KIASU

Kiasu merupakan loghat Hokkien yang bermaksud tabiat “takut kalah” atau “tak mahu mengalah”. Ungkapan ini lumrah diperkatakan di Singapura, malah sesetengah mereka dengan bangga mengakui mereka itu Kiasu! Sebab tu mereka tak setuju buat jambatan, tak setuju tarif air naik, walaupun nilai air bersih tu lebih rendah daripada kos buang air kencing! Tak setuju itu, tak setuju ini. Mereka tak boleh kalah dalam apa segi pun…. Kita jelah yang sering mengalah….. (sebab tu kita sering kena jajah, fizikal dan minda agaknya)
.
Di Malaysia juga, terutamanya di kawasan-kawasan yang kononnya ‘elite’, kaum Cina, malah Melayu dan India pun ada yang bersifat Kiasu. Saya tidak bertujuan untuk mengadili mereka yang bersikap Kiasu ini, namun hanya bertujuan mencari persepsi dari sudut berlainan akan fahaman baru ini. Kalau di parking lot, cuba kita perhatikan, ada ramai yang berebut parking……kalau naik bas, ramai yang berebut tempat duduk…! Sampai dalam tandas pun ada yang berebut kan…. Semua tu kiasu lah kot…
.
Aku ada ramai jiran-jiran dan kenalan yang aku boleh kategorikan sebagai kiasu. Satu kawan ni cukup pantang dengar anak orang score dalam peperiksaan, mulalah timbul cerita anak dia, anak abang dia, anak kakak dia yang score lebih hebat!. Ada seorang tu pulak pantang dengar sekolah bagus, mesti pakai kabel sana-sini hendak hantar anak dia belajar kat situ. Sorang lagi pantang dengar anak orang belajar apa saja, mesti dia nak hantar, kelas lukisan, kelas renang, kelas Taekwondo, kelas musik, kelas ballet, kelas kumon, kelas tution usah kira lah……sampai longlai budak tu…. Satu lagi tu pantang tengok orang pakai kereta besar sikit, mulalah dok cerita biras dialah, ipar dialah pakai kereta lagi besar. Sorang pulak tu pantang jiran renovate rumah, mesti nak renovate jugak, paling tidak dia cat semula rumah dia…! Yang lagi satu tu pantang tengok orang tukar perabot, dia mesti tukar perabot jugak lepas tu ajak orang datang rumah dia!.... alahai…. Yang satu ni pulak asyik citer laki dia baiklah, baru naik pangkatlah, gaji besarlah….lovinglah…..macam-macam lagi, tak mau kalah…., tapi tiba-tiba dengar laki kawin lagi satu!....... tak citer pulak laki dia banyak bini!
.
Sikap kiasu ni kalau hendak dibukukan pasti jagi satu novel......

Comments

indica said…
Kiasu ni ada di mana-mana, dan aku mmg tak berkenan sikap ini walaupun mrk ni golongan yg sentiasa ingin berada di depan tapi yg nyata mrk ini seolah terlalu selfish. maleh nak geng dgn golongan cam ni..
Pak Yob said…
Kiasu dalam dunia politik lebih hebat lagi...kalau tak takkan sampai ada kes bunuh membunuh...takat sogok menyogok tu dah lumrah.
tee said…
saya rasa saya tak kiasu... kiasu kah saya ini kalau mengaku tak kiasu ? Walau macamanapun, manusia kiasu akan selamanya kiasu kerana depa ni sememangnya kiasu becoz they think that they deserved to be look up to by other people that are less superior than them.
McBudu said…
Sebenarnya kiasu ni ada kaitan dengan penyakit "inferiority complex". Seseorang itu sentiasa ada rasa terlalu rendah diri, sebab itu dia cuba mencari "escapism" cara berkiasu ni. Agaknya lah.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku