Bila Tarif Elektrik naik

Selepas kenaikan harga minyak, kini poket kita semakin dikempiskan dengan kenaikan tarif elektrik. 12% kenaikan merupakan kenaikan yang besar. Walau apapun alasan diberikan, namun impak kepada kenaikan ini akan dirasai oleh semua rakyat, miskin atau kaya. Memang ramai penduduk miskin tidak akan merasai kenaikan tarif elektrik kerana kegunaan mereka sedikit, namun kenaikan tarif akan menaikkan harga bermacam jenis barangan yang diproses menggunakan elektrik.
.
Media pula berlumba-lumba mencari peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan, hingga peniaga teh tarikpun dijadikan sasaran, seolah-olah teh tariklah penyebab inflasi negara. Peniaga ikan tongkol juga dihukum dan dimalukan di media seolah-olah dialah penyebab inflasi negara.
.
Masalah sebenar penyebab inflasi negara disapu ke bawah tikar dan dipinggirkan, sebaliknya ikhtiar dibuat dengan menaikkan kadar faedah, dengan harapan rakyat menabung dan kurang meminjam untuk mengekang inflasi. Namun perkara paling pokok terus tidak sedari - inflasi terjadi kerana keperluan paling asas seperti minyak, gas dan elektrik naik...
.
Pernah seseorang memberi pendapat yang kekurangan gula sepatutnya memberi rakyat peluang mengurangkan pengambilan gula......bagus, tapi nasihat ini diberi hanya apabila kita tidak tahu mengapa gula berkurangan di pasaran ! Apabila kenaikan tarif elektrik pula, seseorang memberi cadangan kilang-kilang bekerja lebih shif untuk memanfaatkan tarif murah ketika beban rendah !. Lebih baik suruh semua kilang beroperasi semasa tengah malam sahaja, siang tutup!.

Comments

Demon said…
Nak naik tak pe, tapi apa jawapan untuk kakitangan TNB yang datang satu lori hanya untuk menukar satu mentol lampu jalan? Dan kakitangan serta keluarga TNB yang masih menikmati kemudahan perubatan walaupun sudah berhenti dan mempunyai perniagaan yang lumayan?
indica said…
Skang ni memacam kos semakin hari semakin naik..namun sumber yg masuk tak setimpal, masih lagi ditahap macam tu..
Kita terpaksa membayar kos yg mahal untuk meneruskan kehidupan yg normal dan aku tak heran kalau nanti semakin bertambah ramai orang tak normal kita jumpa..ada duduk bawah jambatan, ada duduk atas pokok dsbnya..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku