Posts

Showing posts from May, 2006

Bila Tarif Elektrik naik

Selepas kenaikan harga minyak, kini poket kita semakin dikempiskan dengan kenaikan tarif elektrik. 12% kenaikan merupakan kenaikan yang besar. Walau apapun alasan diberikan, namun impak kepada kenaikan ini akan dirasai oleh semua rakyat, miskin atau kaya. Memang ramai penduduk miskin tidak akan merasai kenaikan tarif elektrik kerana kegunaan mereka sedikit, namun kenaikan tarif akan menaikkan harga bermacam jenis barangan yang diproses menggunakan elektrik. . Media pula berlumba-lumba mencari peniaga-peniaga yang menaikkan harga barangan, hingga peniaga teh tarikpun dijadikan sasaran, seolah-olah teh tariklah penyebab inflasi negara. Peniaga ikan tongkol juga dihukum dan dimalukan di media seolah-olah dialah penyebab inflasi negara. . Masalah sebenar penyebab inflasi negara disapu ke bawah tikar dan dipinggirkan, sebaliknya ikhtiar dibuat dengan menaikkan kadar faedah, dengan harapan rakyat menabung dan kurang meminjam untuk mengekang inflasi. Namun perkara paling pokok terus tidak seda…

Selamat Hari Guru

Image
Bulan Mei, macam-macam hari ada. Hari Ibu, Hari Jururawat, Hari Pekerja. Minggu lepas Hari Guru. Aku tahu pun sebab anak-anak aku sibuk ajak aku pergi beli hadiah untuk guru-guru mereka.
+
Mengenang hari guru, masih jelas ingatanku kepada guru-guru favourite (dan juga guru-guru yang aku tak suka) semasa sekolah dulu. Masa di SM Clifford, K.Lipis, ada sorang guru tu, Mr Sey, ajar aku Chemistry dan di sebelah petang ajar karate. Aku tak berapa minat Chemistry dan sukar nak faham bila berada di dalam kelasnya. Jadi aku nak ambil perhatian dia, aku masuk kelas Karate, lepas tu aku mudah nak jumpa dia bila-bila masa, bila ada masalah. Tapi aku murid yang paling selalu ponteng kelas karate, sampai kena drop....tali pinggang putih sampai ke sudah, namun aku berjaya lulus Chemistry dengan gred yang baik! Nak jadi cerita, sedikit masa dulu, selepas 25 tahun, dari mana entah dia dapat nombor telefon aku, dia call buat appointment nak jumpa aku! Aku teramat exited, pasti dia dah somebody kot deka…

KIASU

Kiasu merupakan loghat Hokkien yang bermaksud tabiat “takut kalah” atau “tak mahu mengalah”. Ungkapan ini lumrah diperkatakan di Singapura, malah sesetengah mereka dengan bangga mengakui mereka itu Kiasu! Sebab tu mereka tak setuju buat jambatan, tak setuju tarif air naik, walaupun nilai air bersih tu lebih rendah daripada kos buang air kencing! Tak setuju itu, tak setuju ini. Mereka tak boleh kalah dalam apa segi pun…. Kita jelah yang sering mengalah….. (sebab tu kita sering kena jajah, fizikal dan minda agaknya)
.
Di Malaysia juga, terutamanya di kawasan-kawasan yang kononnya ‘elite’, kaum Cina, malah Melayu dan India pun ada yang bersifat Kiasu. Saya tidak bertujuan untuk mengadili mereka yang bersikap Kiasu ini, namun hanya bertujuan mencari persepsi dari sudut berlainan akan fahaman baru ini. Kalau di parking lot, cuba kita perhatikan, ada ramai yang berebut parking……kalau naik bas, ramai yang berebut tempat duduk…! Sampai dalam tandas pun ada yang berebut kan…. Semua tu kiasu lah …

Ibu

Kisah seorang teman dan ibunya yang tidak dapat dilupakan, dipetik dari berjuta cerita di internet, namun yang satu ini menyentuh perasaan ku. ***************************** Usia Ibu menjangkau 60 tahun, namun tubuhnya masih kuat. Dia mampu berjalan kaki ke kedai yang jauhnya lebih kurang 1 kilometer bagi membeli keperluan harian. Sejak kematian ayah 6 tahun lalu, ibu bersendirian di kampung. Lantaran itu, kami adik-beradik -5 orang semuanya-bergilir-gilir menjenguknya.
.
Kami semua sudah berkeluarga, tinggal pula jauh dari kampung halaman di Teluk Intan. Sebagai anak lelaki paling tua (walaupun bukan sulung), saya mengambil tanggungjawab yang lebih. Selain itu, kami adik-beradik sering menelefon ibu bertanya khabar dan sebagainya. Setiap kali saya menjenguknya, setiap kali itulah isteri saya mempelawa dia tinggal bersama kami di Kuala Lumpur.
.
"Tak apalah, lain kali aja...!" jawab ibu. Puas dua anak saya merayu-rayu, ibu tetap bertegas. Itu jugalah jawapan ibu kalau Kak Long memp…