Hari-hari yang haru biru

Pembantu rumah aku habis tempoh perkhidmatan pada hari Jumaat lepas (31 Mac 2006) aku dengan keluarga hantar dia ke Terminal LCC di KLIA, naik Air Asia. Dia datang dengan satu beg je, balik dengan 4 beg!, sampai kena bayar extra luggage RM150! Dia datang kurus, balik berisi, dia datang tak bertudung, balik bertudung. Adalah perubahan....
.
Yang tak best tu pengganti Bibik tu belum sampai lagi, tengah uruskan Visa, tak tau bila sampai, jadi semua orang termasuk anak aku yang 3 tahun kena kerahan tenaga. Dah lama tak basuh pinggan, basuh kereta, dah lama tak basuh baju, ..... tiba-tiba mesin basuh aku yang dah 12 tahun tu rosak pulak!, kenalah beli yang baru. Nasib baik ada yang boleh Charge tanpa faedah tu.... Isteri aku ambil cuti 2 hari, Isnin dan Selasa, lepas itu giliran aku lah pulak..... orang lain cuti pergi PD ke, pergi Bandung ke, aku cuti nak jadi Bibik....huhhh tension.... Tapi ada satu tip yang aku belajar dalam manual mesin basuh aku yang baru tu... jika kain terkena Chewing Gum, jangan buat apa-apa dulu, masukkan kain tersebut ke dalam Freezer, bagi chewing gum tu frozen, lepas tu senang aje nak hancurkan....panduan untuk kawan-kawan....

Comments

Pak Yob said…
tip yang berguna tu...moga2 bibik baru tu kayaknya seperti Kris Dayanti...kalo begitu bapaknya harus sama-sama basuh baju sama celananya ya...
McBudu said…
Ngak bisa, ibunya ngawas aja! he he
indica said…
he he...

tip tu boleh dicuba, harap kain tu tak sama hancur..

Bapak...kalo bibik tu serupa KD (indon sebut "ka de")..jgn lupa bikin acara makan-makan utk teman2 yak..
Pak Yob said…
perghhh...ada background muzik la blog ko..camne nak kasik load musik aaa?? kasi info skit..
indica said…
haaa..ada musik laa..camna aaaa..ini kena bikin tutorial pak..
McBudu said…
Aku tak boleh tulis HTML kat sini, tak boleh posting, tak boleh go thro. Aku dah email kat korang...Selamat mencuba, ada masalah, bagitau.
tee said…
ooo... cuti rupenye.. awat tak habag... ramai orang cari ari ni... dah isi borang cuti lom ?
Pak Yob said…
ha..ha..kantoi...mengular ko yek..nasib baik boss besar tak carik...silap aribulan boss besar hantor komen kat blog ni lak kang...anyway thanks for the info camne nak load music tu..rasa-rasanya dah jadik kot.
indica said…
Dah lama ni...tentu KD dah sampe.
McBudu said…
Belum Dong (pinjam kata2 Wan Suldra)

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku