Bila kesihatan perlu dibeli

Dua kajian dibuat di Malaysia bagi mengetahui tahap kepercayaan rakyat kepada beberapa bidang profesyen, ahli politik antara yang terendah dan doktor pula yang tertinggi tahap kepercayaan rakyat. Saya tidak mahu mempertikaikan tahap capaian ahli politik dalam kutipan pendapat itu kerana mereka sendiri menempah kedudukan itu! Saya ingin mengisahkan satu kejadian beberapa minggu lalu di sebuah hospital swasta berhampiran.
.
Emak mertua saya mengalami masalah jantung sekian lama. Sudah dua kali saya mengejarkannya ke hospital swasta terdekat untuk mendapatkan rawatan di ICU. Seperti biasa, rawatan tidak akan diberi selagi bayaran deposit tidak dibuat. Tidak mengapa, itu hospital swasta...! Rawatan di hospital ini tidaklah seberapa, kelengkapannya pun agak kekurangan, tetapi inilah hospital terdekat. Apabila terkena serangan jantung, jarak menjadi amat penting. Walau pun mahal berganda, namun nyawa masih lebih utama.
.
Emak mertua saya, sebelum itu telah mendapat rawatan di Hospital Kerajaan. Selepas serangan kedua, dia telah kami bawa ke IJN untuk mendapatkan rawatan yang lebih sempurna, tempat yang mempunyai kelengkapan dan pakar terbaik. Memang amat memuaskan hati. Doktor di IJN mencadangkan untuk pembedahan pintasan jantung, tetapi memandangkan usianya yang lanjut, dia tidak bersetuju. Dia kembali mengambil ubat tanpa pembedahan.
.
Dua minggu lepas dia mendapat serangan jantung lagi. Seperti biasa saya mengejarkannya ke tempat terdekat, hospital swasta. Hari Ahad, tidak ramai doktor di situ. Doktor di Wad Kecemasan, bukan Kardialogis. dia menelefon doktor pakar yang biasa merawatnya. Alangkah kecewanya kami bila doktor bertugas memaklumkan kepada kami yang Doktor Pakar mengarahkan kami pergi saja ke IJN, kalau nak masuk juga ke hospital swasta itu, emak mertua saya kena buat pembedahan untuk memasukkan 'Pace-Maker', baru dia mahu ambil kes ini, kalau tidak, dia akan merujuk kepada doktor yang lain dan kes ini akan dimulai daripada awal semula, dia tidak mahu menyerahkan fail perubatannya...! Jelas motifnya hanya untuk mendapatkan duit hasil dari pembedahan itu, kalau cuma masuk wad sedikit jelah dia dapat!
.
Tidak mahu memburukan keadaan, kami membawanya ke IJN, tetapi sebelum keluar kami dihulurkan bil wad kecemasan bernilai RM450.00 yang mana tercatat RM43 kos konsultansi doktor Pakar yang dihubungi melalui telefon tadi! Kami juga diminta menandatangani satu surat yang memperakui bahawa kami tidak akan mengambil apa-apa tindakan jika apa-apa berlaku kepada pesakit!. Sekali lagi kerana tidak mahu kecoh, dan memburukkan lagi keadaan, kami menurut dan berlalu......
.
Untuk rekod, keluarga kami, saya sendiri, isteri, anak-anak, anak-anak saudara, kakak, abang, emak mertua, ipar duai telah menghabiskan lebih suku juta ringgit di hospital swasta ini selama ianya beroperasi.
.
Inilah zaman di mana wang ringgit menjadi raja, peri kemanusian terhakis, budi bahasa menipis dan manusia hilang pertimbangan. Inilah contoh salah seorang doktor pakar yang dilahirkan oleh dasar ekonomi baru, dari duit kerajaan dokongan orang Melayu, tak kira miskin kaya. Angkuh dengan kejayaannya yang disanjung khalayak, berbangga dengan kereta besar menjalar, kaki tidak tercecah bumi akibat disanjung tinggi melangit.
.
Kekadang aku merasakan seorang ahli perubatan tradisional lebih mulia hatinya, walaupun tidak berpelajaran tinggi, cuma menggunakan air jernih dan berbekalkan ayat-ayat suci, bayarannya hanyalah seikhlas hati, dan tiada sekatan untuk mendapat rawatan!
.
Dari hari itu, profesyen doktor bukan lagi menjadi pilihan utama bagi anak-anak ku. Biarlah cuma menjadi guru, bergaji rendah, tapi ikhlas membimbing anak bangsa, tidak kira berharta ataupun papa !.

Comments

indica said…
Zaman sekarang duit muit telah mengabui keikhlasan seseorang insan. Dulu doktor bagiku adalah seorang yang baik hati, berbudi bahasa dan berperihatin.. Masa kecil juga aku tak pernah bercita-cita jadi doktor..cuma bercita-cita nak keje di pejabat pake kasut lekuk lekuk (kisah benar)....he he
McBudu said…
he, he, akupun...
p/s sejak bila nak komen blog ko kena verify by owner nih?
indica said…
verify? he he...
aku terselect apa tah semalam..tapi dah ok dah..komen le byk-byk, sekurang2nya bersemangat jugak aku nak memblog..he he
Pak Yob said…
kasut lekuk-lekuk..aku sebut kasut tekok-tekok...masa kecik2 tu le kasut aku..bebudak lain pakai snickers..aku pakai kasut tekok-tekok..takpun capal..

nazri, aku setuju dengan pandangan ko tu, dunia sekarang dunia duit..unsur machevelli akan mekar semula dalam masyarakat kita...
McBudu said…
Unsur machevelli - most appropriate word to describe it, tinggi bahasa ko..!
tee said…
err... my abah will gladly scan for free... he he he.. if u know what i mean...

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku