Posts

Showing posts from April, 2006

Bila kesihatan perlu dibeli

Dua kajian dibuat di Malaysia bagi mengetahui tahap kepercayaan rakyat kepada beberapa bidang profesyen, ahli politik antara yang terendah dan doktor pula yang tertinggi tahap kepercayaan rakyat. Saya tidak mahu mempertikaikan tahap capaian ahli politik dalam kutipan pendapat itu kerana mereka sendiri menempah kedudukan itu! Saya ingin mengisahkan satu kejadian beberapa minggu lalu di sebuah hospital swasta berhampiran. . Emak mertua saya mengalami masalah jantung sekian lama. Sudah dua kali saya mengejarkannya ke hospital swasta terdekat untuk mendapatkan rawatan di ICU. Seperti biasa, rawatan tidak akan diberi selagi bayaran deposit tidak dibuat. Tidak mengapa, itu hospital swasta...! Rawatan di hospital ini tidaklah seberapa, kelengkapannya pun agak kekurangan, tetapi inilah hospital terdekat. Apabila terkena serangan jantung, jarak menjadi amat penting. Walau pun mahal berganda, namun nyawa masih lebih utama. . Emak mertua saya, sebelum itu telah mendapat rawatan di Hospital Kerajaan…

Hari-hari yang haru biru

Pembantu rumah aku habis tempoh perkhidmatan pada hari Jumaat lepas (31 Mac 2006) aku dengan keluarga hantar dia ke Terminal LCC di KLIA, naik Air Asia. Dia datang dengan satu beg je, balik dengan 4 beg!, sampai kena bayar extra luggage RM150! Dia datang kurus, balik berisi, dia datang tak bertudung, balik bertudung. Adalah perubahan.... . Yang tak best tu pengganti Bibik tu belum sampai lagi, tengah uruskan Visa, tak tau bila sampai, jadi semua orang termasuk anak aku yang 3 tahun kena kerahan tenaga. Dah lama tak basuh pinggan, basuh kereta, dah lama tak basuh baju, ..... tiba-tiba mesin basuh aku yang dah 12 tahun tu rosak pulak!, kenalah beli yang baru. Nasib baik ada yang boleh Charge tanpa faedah tu.... Isteri aku ambil cuti 2 hari, Isnin dan Selasa, lepas itu giliran aku lah pulak..... orang lain cuti pergi PD ke, pergi Bandung ke, aku cuti nak jadi Bibik....huhhh tension.... Tapi ada satu tip yang aku belajar dalam manual mesin basuh aku yang baru tu... jika kain terkena Chewin…