Petrol, gas dan teh tarik

Bak kata pepatah tidak akan minyak bercampur dengan air, tapi bagaimana keduanya ini berkaitan antara satu sama lain?
.
Heboh kebelakangan ini diperkatakan kenaikan harga barangan harian dari roti canai hinggalah ke tambang bas. Saban hari buletin utama menyiarkan langkah-langkah berjimat cermat, mengekang kenaikan harga barang, mengambil tindakan ke atas mereka yang menaikkan harga barang dsb. Mengapa semua 'hu ha' ini berlaku...? Semua kenyataan dibuat di dada-dada akhbar dan media-media utama mencari jalan mengatasi kenaikan harga barang. Malangnya kesemua kenyataan dibuat seolah semua mereka sudah kehilangan punca.
.
Pernah satu hari sebuah akhbar menyiarkan dimuka utamanya soalan "mengapa harga roti canai tidak boleh naik ?" Lengkap dengan peratusan bahan-bahan yang digunakan untuk menjustifikasikan tidak perlu kenaikan roti canai. Namun tepatkah perkiraan yang dibuatnya?
Bagi saya, sesiapa sahaja yang membuat perkiraan itu tidak lengkap fakta atau sengaja menyembunyikan fakta. Sebuah perniagaan di buat adalah untuk membuat keuntungan. Dalam mengira keuntungan, fakta kos diambil kira. Kos bukan sahaja bahan mentah, tapi juga overhead langsung dan tidak langsung. Jika seorang peniaga menyara kehidupan keluarganya hanya dengan menjual roti canai, dia ada kos saraan dia sendiri - kos pergi membeli barang, kos datang ke gerai, kos hantar anak ke sekolah, kos memasak, kos kesana dan kesini dan lain-lain kos yang melibatkan petrol, diesel dan gas..... dari mana dia hendak menampung kenaikan bahan api kesemua itu, jika tidak dari hasil jualan roti canainya?
.
Jadi cuba kita cari jawapannya, bagaimana peniaga ini hendak mengekalkan pendapatannya? Tentulah dengan menaikan harga roti canainya atau mengecilkan saiz rotinya!. Sekali lagi dia akan ditempelak, mengapa menaikkan terlalu tinggi? Tapi tahukah kita berapa kos overhead yang dia tanggung? Tahukah kita berapa banyak bahan-api yang digunakan dalam kehidupan sehariannya? Siapalah kita untuk menilai berapa harga roti canai yang patut dia jual. Sebaliknya sebagai penjual roti canai, dia lebih arif berkenaan 'demand & supply' walaupun dia tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi. Sebagai peniaga yang menyara deretan anak-anak, dia sendiri lebih arif yang kenaikan harga hanya akan merosotkan perniagaan. Mahukah dia merosakkan perniagaannya hanya untuk meraih keuntungan singkat? Tapi pilihan apakah yang dia ada? Dan siapalah kita berhak menuduh dia mengambil keuntungan lebih? Pernah kita berniaga roti canai?
.
Yang jelas kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan hanyalah berdasarkan pemikiran singkat, prejudis dan berkepentingan yang dibuat dari pejabat-pejabat berhawa dingin, tanpa meletakkan diri di tempat peniaga yang di sasarkan. Rata-rata kita faham mengapa kenaikan bahan api tidak dapat dielak oleh Kerajaan, tetapi untuk menjustifikasikan kenaikan berkenaan, janganlah mencari kambing hitam yang kebanyakannya peniaga kecil yang menjual teh tarik, roti canai dan nasi lemak yang berapalah sangat keuntungannya. Janganlah lukai hati mereka dengan menuduh, menempelak serta mengambarkan mereka ini seolah-olah peniaga yang tidak berhati perut dan musuh masyarakat. Kita pengguna, jika harga tidak berpatutan bagi kita, jangan beli..... tiada paksaan! Malah gula, beras, tepung, minyak masak, dan banyak lagi merupakan barang kawalan.... belilah barangan tersebut, buat roti canai, teh tarik dan kuih muih sendiri di rumah, jangan membuat kenyataan yang boleh memburung kakaktuakan kita lantas menampakkan kita kurang cerdik.

Comments

Pak Yob said…
Aku sokong ko jadi Presiden FOMCA...CUEPAC..MTUC...NUBE..MIC..
indica said…
he he aku pun bersemangat menyokong pelantikan tu..

Skang dah jadi satu kerja pulak...harga minyak dinaikkan mencanak-canak pastu skang sibuk nak kontrol sana-sini..ingat sonang ko? Takdo kojo cari kojo..

Bab buat roti canai ni mmg letih dan bosan ..aku dulu pernah ambik upah uli roti canai dgn member peniaga roti canai. Mmg kelas le roti canai yg aku uli tu, tapi aku tak tahan..lenguh lengan dan mesti berpeluh satu badan..terus aku letak jawatan...

Sedih aku harga minyak naik lagu ni. Harap2 harga minyak akan turun satu hari nanti..
tee said…
oopss, aku tak nak jadi burung kakak tua...
Anonymous said…
Bila le petrol ni nak turun....

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku