Bila Ikan Tongkol Jadi Berita Nasional

Aku pun terkejut beruk bila heboh, riuh rendah media mengembar-gemburkan ada peniaga gerai nasi dagang di Terengganu menjual kepala ikan Tongkol sampai RM40.00. Esoknya maka berkejar-kejaranlah pihak penguatkuasa menerjah kedai berkenaan, tapi kedai itu tutup lah pulak. Mungkin dah dapat banyak duit, cutilah kot! Besar manapun kepala ikan Tongkol tu, RM40 memang agak mahal.... mungkin makcik tu terlihat kereta pembeli tu kelas 5 bintang, atau terlihat platinum card dalam walletnya! Atau anak makcik tu sakit, nak pergi rawatan memerlukan wang yang banyak! Walau apapun alasannya tindakannya memang tidak wajar. Itu memang pasti, tiada persoalan.
.
Sekarang kita lihat pula senario si pembeli ini. Dia kata dah kenal benar dengan penjual, mengapa dia tidak protes, mengapa beli jugak walaupun harga mahal. Mengapa tak pulangkan semula? Mengapa bersusah payah nak buat laporan? Duit dia, dia punya sukalah nak beli atau tidak. (Sama dengan makcik tu, masakan dia, suka hati dialah nak jual berapa ringgit!) Mungkin isteri dia mengidam, mungkin nak jaga prestij, atau nak publisiti ke? Hanya dia yang tau.
.
Aku nak bawa satu cerita yang tiada dalam berita, sebab tak glamour atau tiada nilai komersial gamaknya!. Hujung minggu lepas aku bawa keluarga ke Taman Tema berdekatan. Bayar masuk aje dah RM38.00 seorang, makanan tak boleh bawa masuk, depa korek korek dalam beg periksa habis... air mineral anak aku pun kena tinggal!, Tak apa lah bab tu... masuk aja dalam, hari panas, semua budak-budak hendak minumlah. Beli air mineral kecil (500ml) harga sebotol RM3.50!, lepas tu semua orang lapar, beli nasi lemak kosong, hanya ada sambal cili cair sesudu aja, telurpun tak ada, rasa macam nasi sejuk, harganya, RM5! Anak aku makan burger sebijik macam yang Mat Burger jual pasar malam tu, harganya RM5! Begitu juga Beehun kosong, juga RM5 !!!
.
Mengapa ini tak jadi tajuk berita, sedangkan bila kita dah masuk ke dalam kawasan tu, kita dah tak ada pilihan, mahu tak mahu kena beli sebab haus dan lapar! Tidak seperti Mamat yang beli ikan Tongkol tu, dia ada pilihan! Rasa mahal tak payahlah ambik! Aku tak dapat bayangkan keluarga yang tinggal di Lembah Klang, tak pernah bawa anak-anak ke Taman Tema (Sekali-sekala mesti ada, kalau tak anak mesti merungut punya) Mengapa tiada yang nak buat laporan? Mana lebih murah Air Mineral 500ml, RM3.50/sebotol atau ikan tongkol RM40.00 satu kepala. Mungkin kepala ikan itu besar tak terkata atau rasanya sedap tak terkira! Air Mineral....?...rasa air mineral lah...!

Comments

indica said…
Disebabkan heboh ceriter kepala ikan tongkol mahal tu, tghari tadi aku try makan nasi berlaukkan ikan tongkol..boleh le, tapi tak masuk akal boleh sampai RM45, kalo besor kepala jaws mungkin le jugak..

Aku rasa mokcik nasi dagang tu tunjuk perasaan gara2 harga petrol skang ni..

Pasal taman tema tu, patut buat laporan cepat,..sian org2 KL lembah klang..mahe sesgt..
Pak Yob said…
bab charge tinggi ni dah lama bebenor..tapi heran ngapa kita tak tergerak hati nak buat laporan, padahal Tribunal Pengguna tu ada, kebanyakkan kita bila dah terkena hanya akan kata " cukuplah kali ini je aku datang kat sini...full stop!" tapi bila ada rezeki lebih tempat tu jugak kita tuju...alasannya takpe mahal sikit, makanan sedap, service bagus, selesa dan macam-macam lagi. Kuasa sebenarnya terletak ditangan kita, kita boleh boikot, tapi berapa kerat sangat menyokong kita? sebabnya yang merintih dan meraung ni hanyalah insan kerdil macam aku ni...tapi manusia seperti yang tinggal di Bukit Antarabangsa? sarapan sahaja dah RM50 satu kepala, bil letrik rumah mereka sahaja dah beribu ringgit sebulan, installment kereta, insuran nyawa, yuran pengajian anak di university swasta di luar negara.....apa sangat air mineral RM5, Nasi lemak kosong RM5...kalau RM50 sekalipun mereka sanggup...tapi yang peliknya, mereka ini yang seolahnya yang menjadi responden kepada penyelidikan yang dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas rakyat...akhirnya keluarlah laporan "rakyat menerima baik kenaikan harga minyak"...

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku