Selamat jalan YB !

Pada hari Sabtu lepas PIBG sekolah anak aku mengadakan mesyuarat agong tahunan. Semua ibubapa dijemput hadir bagi menyuarakan pendapat serta memeriahkan majlis. Untuk menambah serikan lagi majlis, YDP Persatuan telah mengundang Wakil Rakyat (ADUN) kawasan itu untuk merasmikan majlis berkenaan. Inilah pertama kali PIBG menjemput VIP untuk merasmikan majlis berkenaan. Majlis yang dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi telah tertangguh 20 minit kerana kelewatan YB jemputan. Paling 'menakjubkan' aku ialah dengan selambanya YB berkenaan memberi alasan kelewatannya kerana TERSESAT JALAN! Walaupun aku tak pernah nampak YB ini walaupun sekali di kawasan aku selepas Pilihanraya, dan tak nampakpun batang hidungnya ketika majlis-majlis di masjid di adakan, namun kegagalannya mencari jalan ke sekolah yang tersergam besar itu memang benar-benar amat melucukan. Aku pun mula mendapat jawapan mengapa kawasan aku itu menjadi antara kawasan tertinggi kes denggi, jalanraya berlubang, taman permainan yang rosak teruk, gelanggang tenis yang berlubang di tengah, gelanggang badminton yang tidak berlampu dan lain-lain lagi masalah setempat. Aku mula bertanya diriku mengapa aku mewakilkan orang begini menjadi wakil aku? Yang pasti kesilapan mesti diperbetulkan, dikesempatan akan datang. Selesai majlis kami ramai-ramai dengan bersemangat mengucapkan SELAMAT JALAN YB!

Comments

indica said…
Mmg menakjubkan bila boleh cakap 'tersesat jalan' di kawasan sendiri..kot ye pun cari le alasan lain eg. sembelit ke dsbnya.
he he..
Itu yg aku maleh nak respek YB2 ni..kecuali YB2 yg boleh jawab seribu sms sehari..baru le namanya Yg Berkhidmat..
Pak Yob said…
kot ye dia yang menjawab seribu sms tu..ntah2 forward jawapan standard je kot..he..he..teringat aku kat filem lama judul "Aku yang Berhormat"...Hamid Gurkha jadi YB baru kalahkan YB lama (Datuk Jamali Shadat) yang hampeh.Eloknya Karam Singh Walia dengan Wan Kamarudin tu jadi YB...amacam?

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku