Kenangan di Teluk Bayur

Teluk Bayur

selamat tinggal teluk bayur permai
daku pergi jauh ke negeri seberang
ku kan mencari ilmu di negeri orang
bekal hidup kelak dihari tua
selamat tinggal kasihku yang tercinta
do'akan agarku cepat kembali
ku harapkan suratmu...setiap minggu
kan ku jadikan pembuluh rindu...
lambaian tanganmu kurasakan pilu didada
kasih sayangku bertambah padamu
air mata berlinang...
tak terasakan olehku
nantikanlah aku di teluk bayur
(Repeat *)
nantikanlah aku di teluk bayur...


Masih ingat lagu (Klik untuk dengar) itu masa aku kecil-kecil dulu, tapi aku tak pernah membayangkan bagaimana Teluk Bayur yang digambarkan dalam lagu itu. Hari Jumaat, 24 Februari aku amat bertuah apabila sampai di sana. Teluk yang indah, tiada pencemaran dan tiada apa-apa pembangunan amat semulajadi, amat menyentuh hati.
Teluk Bayur, Padang, Sumatra Barat


24 Februari 2006. Aku atas urusan tugas, berkunjung buat pertama kali ke Padang, ibu negeri Sumatra Barat. Ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Negara Indonesia, ini kali entah keberapa belas..... persepsi aku tentang Indonesia sebelum ini sama sahaja.... Tapi kali ini amat berbeza. Aku amat kagum dengan kebersihan bandar-bandar di sini, kampung-kampung tradisi yang indah serta sungai-sungainya yang bersih. Kampung-kampung nelayan terjaga rapi, indah dan bersih, malah lebih bersih daripada kebanyakan perkampungan Nelayan di Malaysia.

Kampung Nelayan yang amat indah

Aku juga amat mengagumi nilai-nilai seni bena di sini yang masih mengekalkan tradisi Minangkabau yang tampak menebal di seluruh pelusuk provinsi.

Rumah 'adat' Minangkabau

Rakyat di sini bertutur dalam Bahasa Minang, lebih kurang sama dengan mereka di Negeri Sembilan. Yang paling aku senangi ialah makanan mereka yang enak, menyelerakan dan amat berpatutan harganya. Bayangkan kami menjamu 23 orang makan sehendaknya dan hanya kena membayar kos RM248.00 sahaja!

Walaupun Islam amat prominen di sini, namun terdapat toleransi keagamaan yang tinggi di sini. Masjid ada yang dibina bersebelahan dengan gereja.

Bandar Padang yang bersih

Pelabuhan Pendaratan Ikan, Teluk Bao, berhampiran Teluk Bayur

Comments

indica said…
waduhh...mas makan angin di seberang ya? ini nggak boleh jadi, saya jugak ada cerita..
Mmg enak makanan padang. Aku suka jugak itu lagu teluk bayur.. bikin aku kepingin mampir ke Padang lepas baca cerita kamu..nanti kasi tau di mana mau nginap atau makan yg bagus ya...
McBudu said…
Silakan mampir Pak, kurang telapak tangan, padang mereka tadahi. kok kalau mau bepergian, kasi tau sama gue dulu, kasi atur semua...! Benarnya Ada cerita lagi, nanti gue sambung...
indica said…
Sambung jgn nggak sambung...gue kepingin bila dengar cerita ttg padang tu..gue juga suka nasi padang, disana nasi padang jauh lebih enak dari di sini.

Gue juga suka sama itu lagu Teluk Bayur..
Pak Yob said…
akan ku jejak jugak bumi janur kuning ini suatu hari nanti...sejak kematian saudaraku si pitung..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku