Cuti Lagi.....

Aku cuti panjang sekali lagi pada hari Tahun Baru Cina. 9 hari!. Nak balik kampung, rasa malas nak berebut-rebut di jalanraya. Nak pergi bercuti, aku baru habis daripada satu cuti yang agak panjang. Jadi kami sekeluarga memutuskan untuk lepak di rumah sahaja. Masuk hari ke dua, anak-anak aku dah mula gelisah, bosan kata mereka. Ye lah, rumah teres, apa sangatlah yang mereka boleh lakukan. Malah aku pun dah rasa jemu asyik tidur, makan, tidur makan.... hari ke tiga aku dipaksa anak-anak tengok wayang cerita Buli Balik. Seperti biasa Afdlin Shauki tidak mengecewakan, malah seorang anakku menangis di penghujung filem tersebut.
Hari-hari berikutnya semakin menampakkan kebosanan di wajah-wajah kecil anak-anakku. Sekali lagi aku terpaksa beralah bila melayan kehendak sibongsu ke Zoo Negara. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku ke sana. Monyek-monyet pun dah tak kenal aku... bayangkan betapa lamanya aku tak ke sana!
Seronok juga rupanya bila dah lama tak berkunjung, Kami pergi ke sana pagi-pagi lagi. Masa tu Hippo masih tidur, Cipan baru bangun dan Gajah baru menjerang minyak. Haiwan-haiwan teruja semacam aje bila nampak kami! Macam-macam boleh di saksikan di Zoo Negara. Pertunjukan binatang juga tidak mengecewakan. Anak-anak aku tak habis-habis bercerita tentang pengalaman yang singkat itu.




Keseronokan anak-anak di Zoo Negara (anak-anak aku yang berdua di tengah-tengah tu aje, yang di kiri dan kanan tu anak orang lain)


Aku juga tertarik dengan kreativiti yang ditunjukkan oleh Kakitangan Zoo Negara yang sungguh komited dengan kerja mereka. Syabas.







Papan Tanda di Zoo Negara










Balik dari Zoo, semua orang lapar, kami singgah makan di Ampang Point. Ternampak Restoran Linda Onn, makan nasi ayam. Boleh tahan jugak taste makanan kat situ. Aku suka Taugeh Goreng, isteri aku suka Air Asam, dan anak-anak suka nasi ayamnya. Lepas makan semua orang penat, balik tidur...kebosanan terubat buat seketika, esok belum tau.....

Comments

indica said…
Mmg seronok kalau cuti panjang-panjang ni... tapi kalau tak ada program dibuat mmg memboringkan. Aku dah lama tak nonton wayang..kali terakhir aku tgk the Last Samurai. Baik punya cilok pun aku tak tgk lagi..VCD Buli yg aku beli dah lama tu pun aku tak tgk lagi. Ingat nak cuba tgk wayang balik le..
Kali terakhir aku pergi zoo negara dgn anak-anak buah aku bbrp tahun dulu..Tiket dia boleh tahan jugak ye..

Aku belum pernah pi lagi kedai nasi ayam Linda off tu..nak try le taugeh nya tu, betul ke sedap..
Pak Yob said…
aku pun dah lama tak p zoo negara tu, gamaknya kura-kura gergasi yang pernah membuatkan aku teruja dulu ada lagi ke idak, monyet-monyet yang pernah aku kenal dulu agaknya dah lama pencen, sekarang diorang makan duit pencen sambil melayan karenah anak cucu kot...tapi aku rasa senario di Zoo Taiping lebih menghadirkan dari zoo negara, tapi itu dulu, zaman aku darjah empat biru kat sekolah rendah kebangsaan Semenyih.Bab filem Afdlin ni memang kaw2, walaupun nama dia tak dikategorikan dalam kelompok pembikin filem indie seperti Yasmin Ahmad, Yuhang atau Bernard Chauly...tapi kreativiti dan karya beliau membuatkan kita lupa akan kehadiran fenomena filem indie yang pernah melanda industri filem malaysia dengan filem seperti Sepet serta Gol dan Gincu.Malah filem "Rock" arahan Mamat Khalid juga agak mengecewakan aku jika mahu dibandingkan dengan filem Afdlin, tapi aku mengharapkan kebangkitan mamat khalid dengan karya yang lebih hebat sepertimana aku mengharapkan kebangkitan pasukan Liverpool yang dah asyik kalah je ni...tensen aku!
McBudu said…
MTO - Ko kena tengok filem Afdlin, memang ada kelainan, lawak tapi bukan lawak bodoh macam senario TV3.

Rith - Kura-kura tu ada aku post kan kat sini, mengalir air mata depa bila aku ingatkan pasal ko!

Aku pun minat Liverpool, tapi aku segan nak pakai Jersey yang kawan aku bawa balik drp UK, ada Carlsberg cop kat depan tu!.
Pak Yob said…
wah bagus la kita geng...aku pun cam ko gak..tak tergamak nak pakai jersey tu...ntah bila la diorang tu nak tukar sponsor..company ko taknak bid ke jadi sponsor?
McBudu said…
sponsor team kampung baru pun tak mampu! he he

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku