Posts

Showing posts from February, 2006

Kenangan di Teluk Bayur

Image
Teluk Bayur

selamat tinggal teluk bayur permai
daku pergi jauh ke negeri seberang
ku kan mencari ilmu di negeri orang
bekal hidup kelak dihari tua
selamat tinggal kasihku yang tercinta
do'akan agarku cepat kembali
ku harapkan suratmu...setiap minggu
kan ku jadikan pembuluh rindu...
lambaian tanganmu kurasakan pilu didada
kasih sayangku bertambah padamu
air mata berlinang...
tak terasakan olehku
nantikanlah aku di teluk bayur
(Repeat *)
nantikanlah aku di teluk bayur...


Masih ingat lagu(Klik untuk dengar)itu masa aku kecil-kecil dulu, tapi aku tak pernah membayangkan bagaimana Teluk Bayur yang digambarkan dalam lagu itu. Hari Jumaat, 24 Februari aku amat bertuah apabila sampai di sana. Teluk yang indah, tiada pencemaran dan tiada apa-apa pembangunan amat semulajadi, amat menyentuh hati. Teluk Bayur, Padang, Sumatra Barat


24 Februari 2006. Aku atas urusan tugas, berkunjung buat pertama kali ke Padang, ibu negeri Sumatra Barat. Ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Negara Indonesia, ini kali …

Selamat jalan YB !

Pada hari Sabtu lepas PIBG sekolah anak aku mengadakan mesyuarat agong tahunan. Semua ibubapa dijemput hadir bagi menyuarakan pendapat serta memeriahkan majlis. Untuk menambah serikan lagi majlis, YDP Persatuan telah mengundang Wakil Rakyat (ADUN) kawasan itu untuk merasmikan majlis berkenaan. Inilah pertama kali PIBG menjemput VIP untuk merasmikan majlis berkenaan. Majlis yang dijadualkan bermula pada pukul 9 pagi telah tertangguh 20 minit kerana kelewatan YB jemputan. Paling 'menakjubkan' aku ialah dengan selambanya YB berkenaan memberi alasan kelewatannya kerana TERSESAT JALAN! Walaupun aku tak pernah nampak YB ini walaupun sekali di kawasan aku selepas Pilihanraya, dan tak nampakpun batang hidungnya ketika majlis-majlis di masjid di adakan, namun kegagalannya mencari jalan ke sekolah yang tersergam besar itu memang benar-benar amat melucukan. Aku pun mula mendapat jawapan mengapa kawasan aku itu menjadi antara kawasan tertinggi kes denggi, jalanraya berlubang, taman permai…

Kura-kura buat Rith

Image
Aku lupa hari tu mereka ni memang ada tanya pasal Rith!

Cuti Lagi.....

Image
Aku cuti panjang sekali lagi pada hari Tahun Baru Cina. 9 hari!. Nak balik kampung, rasa malas nak berebut-rebut di jalanraya. Nak pergi bercuti, aku baru habis daripada satu cuti yang agak panjang. Jadi kami sekeluarga memutuskan untuk lepak di rumah sahaja. Masuk hari ke dua, anak-anak aku dah mula gelisah, bosan kata mereka. Ye lah, rumah teres, apa sangatlah yang mereka boleh lakukan. Malah aku pun dah rasa jemu asyik tidur, makan, tidur makan.... hari ke tiga aku dipaksa anak-anak tengok wayang cerita Buli Balik. Seperti biasa Afdlin Shauki tidak mengecewakan, malah seorang anakku menangis di penghujung filem tersebut. Hari-hari berikutnya semakin menampakkan kebosanan di wajah-wajah kecil anak-anakku. Sekali lagi aku terpaksa beralah bila melayan kehendak sibongsu ke Zoo Negara. Aku pun dah lupa bila kali terakhir aku ke sana. Monyek-monyet pun dah tak kenal aku... bayangkan betapa lamanya aku tak ke sana! Seronok juga rupanya bila dah lama tak berkunjung, Kami pergi ke sana pagi…