Belajar membaca yang tersirat


Bila Dr Balwant Singh Bains membuat kenyataan di akhbar yang teh tarik merupakan salah satu risiko yang menyebabkan ramai orang muda Malaysia mati akibat stroke, ramai orang mencemuh dan menafikan fakta berkenaan, sehingga Menteri Kesihatan terpaksa membuat pembetulan fakta. Beberapa orang doktor pakar juga turut serta menidakkan kenyataan berkenaan. Yang jelas mereka yang terlalu 'tersinggung' ialah peminat Teh Tarik yang sehari tak kena, bagai nak sasau!
.
Realitinya, memang Teh Tarik tidak menyebabkan stroke, tetapi gula di dalam susu isian pekat manis yang menyebabkan kencing manis dan seterusnya menyebabkan stroke. Tetapi ramai antara kita termasuk doktor-doktor pakar dan pengamal politik tidak dapat melihat perkara yang tersirat dalam kenyataan itu.
Apa yang hendak disampaikan oleh doktor yang arif ini ialah "Jangan ambil gula berlebihan, nanti kena kencing manis dan kemudian mudah kena stroke! Hakikatnya rakyat Malaysia sudah berjuta kali diingatkan "Jangan makan atau minum gula lebih, nanti kena kencing manis!" tapi siapa peduli? Siapa Peduli !
.
Tetapi apabila Dr Balwan kata Teh Tarik mengakibatkan ramai golongan muda kena stroke, satu Malaysia terkejut, kali ini semua orang peduli! malah ada yang marah-marah, ada yang kata doktor ini khilaf, ada yang kata dia tersasar fakta, ada yang kata doktor ini gila publisiti dll. Namun ramai yang gagal mengesan niat ikhlas doktor ini yang ingin menyampaikan mesej dengan cara paling efektif - shock delivery
.
Kalau kita minum di kedai mamak hari ini, jelas ramai yang telah pesan TEH TARIK KURANG MANIS..... nampaknya 'shock wave' ini amat berkesan. Namun berapa ramai yang menyanjung Dr Balwan atas kejayaannya ini, kejayaan yang Kementerian Kesihatan gagal lakukan selama ini?
Yang jelas masih ramai yang memperlekeh Dr Balwan sambil menghirup Teh Tarik kurang manis!
.
Itulah kita, termasuk saya, yang sering terlepas pandang perkara yang tersirat , kerana rata-rata kita, termasuk saya, MALAS berfikir!

Comments

indica said…
aku hari-hari minum teh..tapi teh tu dlm teko, yg kemudian aku tarik sendiri..pekena dgn roti canai atau roti bom. Sbb risau hari2 makan roti canai/bom tu pagi tadi aku makan nasi lemak lauk sardin pulak.
Ingat nak ubah gaya pemakanan, tapi kalau teh 'o'kena menunggu lama mamat tu buat pulak. Nak makan, makan apa ye? buah betik, pisang ada..tapi tak biasa pepagi subuh sapiei makan cam tu..
Yg elok makan cereal oats dsbnya, tapi tak kena selera pulak..skang ni musim dapat daging/ tulang lembu raya korban pulak...isk susah ye..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku