Lawatan Ke Melaka Dan Johor

Dah lama aku tak ke Melaka, Negeri Hang Tuah. Pada 21 Disember 2005 aku menyertai lawatan ke Melaka. Persingahan pertama aku ialah Melaka Biotechnology Holdings Berhad. Sungguh mengkagumkan, negeri sekecil Melaka, tetapi mendahului negeri-negeri lain di bidang Bioteknologi. Walaupun masih di peringkat awal penubuhannya, kejayaan-kejayaan yang dicapai amat membanggakan. Saya yakin inisiatif ini akan membuahkan hasil, menjadi pemangkin kepada satu revolusi Bioteknologi di Negara kita. Hakikatnya ia dimulakan di negeri kecil, Melaka. Kecil jangan disangka anak.
Selepas itu kami melawat perusahaan IKS yang mengeluarkan pisang kering (Dehydrated Banana) mengadaptasi teknologi Australia. Kami menyusuri tanah rancangan FELDA dan menemui kilang yang berteknologi tinggi ini di celah-celah rumpun sawit! Walaupun baharu diperingkat awal, saya dapati produk ini mempunyai potensi besar di pasaran antarabangsa.
Kami meneruskan perjalanan ke Ladang Buah-buahan Melaka di Sungai Udang dan menyaksikan beberapa produk yang ditonjolkan dengan konsep agro-tourism. Walaupun tidak sehebat Ladang Buah-buahan di Gold Coast di Australia, namun, ianya bermula dengan baik - self sustained, tanpa meminta bantuan Kerajaan. Melaka - small but bold!
Kami kemudian bermalam di Nasuha Resort, Ladang Herba terkemuka dan terbesar di Asia (3,200 ekar) milik orang Melayu, Haji Nasuha Kasian, di Pagoh, Johor. Segala-galanya Herba di sini, dari makan malam, sauna, teh, air mandian serta wangian, semuanya herba. Bermalam dalam hutan, tapi tak ada seekor nyamuk pun. Banyak Herba penghalau nyamuk kot!
Keesokannya kami melawat ladang pertanian moden pertama di Malaysia, di Kluang. Dengan keluasan 10,000 ekar, ladang ini bakal menjadi ladang pertanian moden terbesar di Malaysia. Aku amat tertarik dengan tanaman Dragon Fruit yang mencecah kos RM80,000/ekar untuk memulakannya.
Kami mengakhiri lawatan pada pukul 12 tengahari. Aku bersama pemandu syarikat singgah di Air Hitam, belilah pasu dan bantal peluk bebudak..... Air Hitam tak macam dulu.... dah lenggang, barangpun mahal.
Dalam perjalanan balik kami singgah di Tangkak, shopping sakan. Kain murah gila.Kalau nak impress wanita, bawalah mereka ke sini (dan kita yang bayar!)

Comments

indica said…
Ko sebut pasal dragon fruits, kat K.Pilah byk org tanam pokok tu ...
Aku teringin jugak nak melawat ke tempat-tempat yg unggul dlm bidang bioteknologi ni... Kali terakhir aku ke negeri Melaka pd 24-25 sep 05, itu pun sbb kerja. Selepastu aku ada lalu je masa ke johor baru2 ni.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku