Kalau Kereta Fuel Injection......

Semalam pagi-pagi lagi aku ke Bagan Lalang gantikan Bos aku beri taklimat di satu kolokium yang dijadualkan pukul 8.45 pagi. Aku bertolak pukul 7.30 pagi dari Shah Alam, keluar je daripada basement, hujan lebat, tak nampak jelas jalanraya. Hingga ke simpang KLIA hujan lebat sekali. Selepas KLIA, aku ikut tepi F1 circuit, hujan berhenti, cuaca terang benderang. Aku sampai Bagan Lalang tepat pukul 8.45 pagi. Selepas taklimat dan sessi soal jawab aku balik ke Shah Alam ikut jalan pantai, Banting dan seterusnya Kelang. Tiba di Shah Alam kira-kira pukul 2 petang. Park kereta aku kat basement hingga pukul 5.30 petang.
5.30 petang aku cuba hidupkan kereta tapi gagal. Bateri penuh, cuma minyak macam kosong. Aku memang perasan yang lampu amaran minyak kosong dah menyala semasa aku park kereta tengahari tu, macam biasa aku sengaja tunggu lampu tu menyala, baru top-up. Cadangnya balik kerja tu baru top-up.
Aku syak tentu minyak tu kosong sangat. Aku pergi beli petrol dan isi, try start, tapi tak mahu juga.... Aku call adik Hanif, Ajil yang ada workshop dekat Beriani Gam Putra Jaya di depan Uniten, Bangi.... dia kata kereta fuel injection, kalau minyak kosong, kena top-up sekurang-kurangnya RM20...baru boleh start. Jadi aku beli lagi 10 gelen petrol, dan try start... tak boleh jugak... Aku telefon dia lagi.... dia kata kalau tak mahu jugak, pastinya Fuel Pump dah rosak. Aku tanya macamana boleh rosak, kereta aku baru 2 tahun usianya. Dia kata kalau tiap kali kita biarkan lampu amaran petrol tu menyala, pam tu akan bekerja lebih keras, dan kalau kita amalkan selalu, pam tu akan pendek umur.
True enough, makanik yang aku panggil tukarkan pam tu pun kata begitu. Rupa-rupanya banyak kes macam tu. Selama ini aku ingat setiap petrol yang aku isi mesti dihabiskan sehingga ke titisan yang terakhir, lepas tu baru gantikan dengan yang fresh!. Barulah kereta segar-bugar!Rupa-rupanya itu menyebabkan aku hilang RM650 hari ini!
Jadi untuk panduan anda semua, kalau menggunakan kereta fuel injection (terutama buatan Malaysia) jangan biarkan petrol kosong sehingga ke titisan terakhir ! Bukan murah beb!, fuel pump tu Sama harga dengan package tidur semalaman untuk dua orang complete dengan Spa treatment dan Traditional Massage di Cyber Lodge, Cyberjaya!

Comments

Pak Yob said…
inilah yang dikatakan pengalaman yang "berharga".Aku punya tabiat memang tak suka minyak sampai lampu menyala...tapi bini aku selalu perli bila aku isi top-up minyak, padahal ada lagi 5 darjah dari "E". Pengalaman Budakbudu ni boleh aku kongsi bersama bini aku balik umah kang. tapi masalahnya kereta kitorang tu fuel injenction ke? he..he..SOHC?
McBudu said…
Kereta yang tak fuel injection tu biasanya kereta lama saja. Kereta zaman sekarang kebanyakannya fuel injection. Kereta yang tak injection biasanya pakai contact point! Macam Nisan 130Y, Totota Corolla LE, Proton Saga, Nisan Sunny dan Van lama je.... Kalau SOHC tu pastilah injection bebenor!
indica said…
aku pulak kalau isi minyak selalunya bila jarum meter dah sampai E. selalu jugak terlajak sampai indicator tu menyala. Pernah jugak dengar org kata jgn biar minyak hampir kosong baru top up krn ini boleh memudaratkan kereta. Mungkin sbb semua habuk-habuk, particles etc yg ada dlm tangki tu akan tersedut. Ada jugak ckp tangki kosong membuatkan senang berlaku karat/keladak kat dinding tangki tu. Itu yg merosakkan fuel pump dsbnya. Seelok2nya minyak sentiasa penuh, masalah problemnya kita maleh selalu nak ke stesen minyak tu utk top up. Mungkin lepas ni aku pun kena ubah habit aku suka ke E tu...

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku