LOTFI DATANG BERTANDANG

Malam tadi (12 November 2005) Lotfi datang bertandang ke rumah aku, bersama isterinya Nor, dan dua orang anak terkecil, yang nombor satu dan dua dah balik ke sekolah, periksa katanya. Lotfi Bin Hamdani @ Paul Sinamuthu, seorang anak guru agama, masih seperti dulu, berat badan 70kg dan ketinggian 163 sm. Dia datang berhariraya ke rumah aku, datang jauh dari Sarawak! Lotfi masih ada banyak rambut dan style rambut dan cara speaking masih macam dulu tiada perbezaan. Turut serta dalam kunjungan ialah Roslan Osman Cassim (Roc) bersama isterinya Yati (Classmate Zai, SS, isteri Sabki Suhaili) dan dua anak perempuannya (dah masuk IPTA)serta seorang anak lelaki. Roc baru ni kena heart attack dan telah menjalani rawatan Angioplasty di IJN. Sekarang dia dah sihat nampaknya. Dia masih macam dulu, humble, friendly, tak macam anak-anak Tan Sri yang lain.

Mereka aku jamu dengan nasi lauk tomyam udang, ayam goreng, sayur campur goreng, ikan masin dan sambal tomato. Itu je yang sempat bila menerima lawatan mengejut sebegini. Banyak cerita lama yang kami bualkan termasuk cerita kawan-kawan termasuk MTO. Yang aku tak boleh lupa kemusykilan Roc berkenaan macamana MTO boleh lompat tinggi spike bola volleyball tu. Aku pun tak ada jawapannya… Lotfi pula terkenang yang MTO ni menjadi tempat mencurah perasaan semua orang (termasuk dia masa tu yang syok kat kompereng), dan bertanya mengapa semua orang buat begitu? Aku pun tiada jawapannya……..

Comments

indica said…
Aku tumpang gembira, Paul dan Roc dtg beraya ke rumah kamu. Siap ukur lagi ketinggian dan berat badan paul yg masih maintain tu ye..he he..
Mmg menyeronokkan kalau dpt berkumpul dgn kengkawan lama ni..lagi ramai lagi meriah kan..Makan tu tak kisah..tapi ada ikan masin, ada sambal belacan, perghh..mmg favourite kebykan org tu..

Mmm..biaser ler tu..aku ni mmg suka mendengar masalah member, walaupun aku takdapat nak tolong tapi sekurang-kurangnya member dpt melepaskan apa yg terbuku...(buku apa dong??...hehe..wan sulong tak dtg?)

Kompereng? kih kih kih...aku masih ingat dialog Jerman yg Paul ajar aku dulu "Membengi di'e kelingan kue, sampe orak iso toru"...ko tau ke??

Aku pun pelik ..Paul kalo meniru cakap Tamil, nampak real kan? kalo dia buat gaya bruce lee..kagum aku..bak kata org banjar dia ni very entertaining.. tapi kesian jugak aku bila tengok dia sesekali baring sambil tangan kat dahi.. helicopter. Masa konvo kita tidor rumah dier kat Klang kan?

Roc dgn ko pun apa kurangnya main volleyball..siap DPIM dpt Johan lagi..tapi aku rasa skang ni ko lompat lagi tinggi dari aku..
McBudu said…
Aku ingat dialog tu, dan dialog tulah aku ucapkan kat Jurizan saban pagi....dan aku masih ingat maksudnya...

Masa konvo memang kita toru rumah dia, sampai kasut dan songkok aku pun pinjam bapak dia punya! Aku punyalah kalut masa ambil scroll tu. Lepas kamu kan mat Burn, dia tak datang bila depa panggil nama Mat Burn, aku dah berjalan separuh jalan aku ambil jelah Mat Burn punya!, VC tu kata tahniah Mohamad! Aku buka kosong, maklumlah Mat Burn kan kena refer paper... Pas tu anak saudara aku ambil scrol tu kemudian lah pulak. Lepas aku kan Rohana, nasib baik dia tak ambil aku punya lak... kalau tidak kenalah aku pergi simpang empat kangkong nak ambil scroll tuh!

Aku dah tak boleh lompat dah la ni, badan pun dah mula berat, dah 70kg, Roc lagi tembam... semua hanya tinggal kenangan.....

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku