Selamat Hari Raya Idilfitri


Salam Idilfitri dari warga semalu (macamlah ramai sangat). Idilfitri, hari kejayaan umat Muhammad melawan hawa nafsu. Dengan penuh harapan semoga kita akan menjadi mukmin yang lebih berjaya di dunia dan akhirat. Dalam kita merayakan kemenangan ini, jangan sekali-kali kita lupa bahawa segala yang ada pada kita hanyalah pinjaman yang Maha Esa. Perlu diingat di dalam setiap harta yang kita miliki, ada sebahagian daripadanya milik insan-insan yang tidak bernasib baik - fakir miskin, anak-anak yatim dan mereka-mereka yang memerlukan. Hulurkan tangan, ringankan beban. Saya dengan penuh rasa rendah diri memohon keampunan dari tuan-tuan dan puan-puan jika terdapat salah dan silap dalam perlakuan seharian di alam nyata atau di alam maya. Selamat Hari Raya Maaf Dzahir dan Batin dari budakbudu di semalu, kalau sudi datanglah ke rumah (di alam nyata!).

Comments

indica said…
Pat pat siku lipat,
Hari raya makan ketupat
Jgn lupa bayar zakat
semoga Aidilfitri penuh berkat...

Rasa nak pi raya rumah ko dan md diah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
McBudu said…
Datanglah bawa kekawan sekali.

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku