Puasa Di Kerling Estate


Aku ditukarkan dari Kuala Krai, Kelantan ke sebuah Ladang yang baharu dibeli oleh syarikat tempatku bekerja, KL Kepong Bhd di Kerling dua hari sebelum puasa. Aku mengendalikan sebahagian ladang yang di panggil 'North Division' Di sana aku seorang sahaja 'Assistant Manager in Charge' lah konon. Hari pertama aku di sana kebetulan hari gaji pekerja. Ramai pekerja merungut yang gaji mereka salah kira, EPF terkurang 25sen seorang. Maklumlah masa tu baru-baru guna sistem komputer. Aku kata nanti kita semak semula di pejabat esok. Esoknya hari pertama Ramadhan. Aku bangun sahur, tak tidur, sembahyang subuh, terus pergi 'Master Call'. Aku tunggu punya tunggu seorang pekerja pun tak muncul. Rupa-rupanya mereka 'Strike' sebab EPF terkurang bayar 25sen!. Aku buat lapuran ke ibu pejabat, lepas tu start kereta pergi melahu ke KL. Dalam hati aku "Kalau depa Strike tiap hari pun tak pe!"

Comments

indica said…
Hehehe...itu baru 25sen, kalo 25 ringgit mau dorang berkampong depan banglo ko sambil wel-wel karowale.....kih kih kih..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku