Lokasi Percutian 'Agrotourism'


Pelancongan Pertanian (Agrotourism) di Ladang Buah-buahan Bendang Man, Sik, Kedah, terletak di kawasan Hutan Simpanan Rimba Teloi Daerah Sik meliputi kawasan seluas 75.8 hektar. Terdapat tanaman campuran iaitu Durian (40 hektar) dan rambutan (35.8 hektar). Keadaan tempatnya sangat menarik dengan mempunyai anak Sungai Cepir mengalir jernih melalui kawasan ladang tersebut. Kawasan ini sesuai untuk dikunjungi sebagai tempat rehat dengan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
a. perkhemahan
b. jungle tracking
c. memancing
d. melawat dusun buah-buahan
e. menghayati hidup cara penduduk desa
f. makan buah-buahan segar (durian dan rambutan) terus dari ladang ketika musim buah (Mei - Ogos)

Kemudahan-kemudahan yang disediakan
a. Bilik Serbaguna
b. Dewan Serbaguna
c. Tapak Perkhemahan
d. Khemah dan peralatan yang disediakan
e. Makanan

Semua kemudahan yang telah disediakan dikenakan bayaran sewa berpatutan.

Tempahan boleh dibuat terus kepada:
Wan Sulong bin Wan Drahman
Pengurus Projek Buah-buahan Bendang Man, Sik
Pejabat Ladang Bendang Man
08200 Sik, Kedah Darul Aman
Tel. : 04-4693771 Fax. : 04-4693701

Comments

indica said…
Haa..kat sini rupanya Wan sulong. elok sgt tu, nanti aku nak cari tempat utk buat kursus boleh le contact dia..

Popular posts from this blog

Papan tanda dan maksudnya

Datuk Leslie Davidson, a Planter Extraordinaire

Corduroy ku