Thursday, March 17, 2011

Rindu pada Blogku

Lama sungguh tidak menulis dalam Semalu. Facebook adalah penyebab utama, selain masa yang semakin pendek. Seringkali berniat untuk menulis semula, namun tidak kesampaian. Terlalu banyak alasan !

Thursday, March 04, 2010

Facebook has taken away my blog!

So long since I last updated my blog. All because I am in a different work environment now. I am on my own, struggling for a spoonful of rice (sesuap nasi) Facebook has also taken away some of my interest on blog. Anyway I still believe that Blog has always be the platform for our creativity and a place where we could express ourself in a better way. I am still looking forward to a fine day when I could write more in this blog, like  I used to do before. ta ta

Monday, November 09, 2009

Manusia tanpa Negara

Pagi Jumaat 6 November 2009 aku dipelawa Saudara Khairil menemaninya untuk ke satu tempat di Pinggir Bandaraya Kuala Lumpur untuk bersamanya menyaksikan sendiri satu kehidupan yang amat berbeza dengan yang lazimnya kita lihat di Kuala Lumpur. Kehidupan satu golongan manusia yang tidak punya Negara! Kaum Rohingya

Kaum Rohingya menjadi pelarian di Negara-negara seperti Bangladesh, Thailand dan Malaysia lantaran negara mereka, Myanmar sendiri tidak mengiktiraf mereka sebagai warganegaranya! Malah mereka dihalau dan disakiti oleh pemerintah di sana. Jadilah mereka satu bangsa yang tidak punya Negara dan masyarakat antarabangsa juga tidak memperdulikan mereka. Mereka sering menjadi "komoditi" yang diperdagangkan merentasi sempadan negara. Seringkali mereka terkorban dalam tragedi bot karam, lemas di dalam kontena, dsb takala dalam proses penyeludupan manusia oleh sendiket-sendiket antarabangsa yang kejam.

Di Kuala Lumpur mereka hidup merempat. Walaupun mempunyai pengiktirafan bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) namun kehadiran mereka di sini tidak mendapat perhatian. Kerana statusnya sebagai pelarian, mereka gagal mendapat pekerjaan. Kerana kesempitan hidup mereka terpaksa membuat apa sahaja bentuk pekerjaan untuk meneruskan hidup, secara berselindung. Tidak kurang juga mereka dimanupulasi oleh sendiket gelap untuk meminta sedekah, membuat kerja-kerja haram, malah melakukan jenayah!.

Mereka hidup menyewa bersesak-sesak di rumah kedai empat tingkat yang dibahagikan oleh papan lapis usang menjadi bilik-bilik sempit. Kedaifan kehidupan mereka membuatkan sesiapa juga yang melihat akan mengalirkan air mata.

Saya juga berpeluang mengunjungi satu kumpulan anak-anak Rohingya berumur antara tujuh hingga 13 tahun yang sedang khusyuk belajar di satu tempat yang diusahakan oleh Khairil dan rakan-rakannya. Anak-anak kecil ini dinafikan hak mereka untuk mendapat pelajaran formal di sekolah lantaran status ibu bapa mereka sebagai pelarian politik. Amat memilukan apabila anak-anak ini berebut untuk bersalaman dengan Khairil dan saya sewaktu kami menjengah di pintu, mengambarkan betapa amat terhad bilangan orang tempatan yang sudi menjengah mereka yang daif itu. Di raut wajah mereka tergambar seribu satu kepayahan hidup yang terpaksa di tempuhi dalam usia yang masih hijau itu.

Betapa sayu hati memikirkan betapa malangnya nasib anak-anak kecil Rohingya ini berbanding rakan-rakan sebaya mereka yang lebih bernasib baik. Sewaktu anak-anak kita berkira-kira betapa seronoknya menunggu bila sekolah bercuti, anak-anak Rohingya ini berlumba-lumba hendak ke "kelas" walau tidak punya uniform, walau tidak punya bilik darjah indah, walau tiada bangunan yang boleh dipanggil sekolah, walau terpaksa berkongsi buku, alat tulis dan kelengkapan lainnya.

Sesiapa sahaja yang mengungjungi mereka pasti akan tersentuh hati meyaksikan keadaan malang yang menimpa satu bangsa yang menjadi mangsa diskriminasi sesama manusia. Sedangkan binatang kita kutip dari jalanan dan ditempatkan di tempat sewajarnya, sebaliknya mengapakah golongan manusia malang ini kita tidak memandang walau dengan sebelah mata?  Malah jika kita masih ingat, pernah seorang Rakyat kita diheret ke mahkamah dan dijatuhi hukuman kerana "mendera" binatang! Tapi bila berdepan dengan isu kaum Rohingya, tiada siapa peduli!

Muktahir ini juga kita saban hari terdengar laungan kesama-rataan dan hak-asasi kemanusian, tetapi bila tiba isu melibatkan Rohingya, semua memejamkan mata, seolah-olah mereka ini terkecuali dari golongan "manusia". Atau apakah hak asasi itu hanya untuk kepentingan diri dan kelompok tertentu sahaja, dan ianya ditentukan mengikut selera dan kepentingan masing-masing! Hipokrit kah kita. Kenapa takut untuk mengakuinya?

Monday, October 12, 2009

Happy Birthday Dhania


Hari ini 12 Oktober, 15 tahun dahulu, Nur Dhania hadir ke dalam kehidupan kami suami isteri setelah menunggu selama 5 tahun!. Kehadiran anak sulung kami ini disambut gembira bukan sahaja oleh kami berdua, malah seluruh keluarga. Sayangnya ibuku (Wan kepada Dhania) yang juga sudah mengetahui kehadiran Dhania, tidak sempat menyaksikan kelahirannya. Dia meninggal 7 bulan sebelum kelahirannya itu. Dhania dilahirkan setelah emaknya 'labor' selama 12 jam di Subang Jaya Medical Centre. Aku sendiri menyaksikan kelahiran Dhania dan itulah pertama kalinya aku saksikan kelahiran seorang bayi.

Dhania lahir tanpa mengenali Atok (sebelah emaknya) dan Wan (sebelah ayahnya) yang telah kembali ke Rahmatullah. Namun dia sempat berjumpa Aki (yang meninggal 2 tahun selepas kelahirannya), dan sehingga sekarang masih memiliki Opah.

Nama Nur Dhania jarang didengar ketika kelahirannya. Ramai yang tidak tahu menyebutnya ! Ada yang menyebut Diana, Dayana, Dahania, dan ada yang langsung tidak dapat menyebutnya lantas memanggilnya 'Intan' !. Kami memanggilnya Nia, jadi mudahlah semua orang memanggilnya.....

Hari ini Nur Dhania sudah berusia 15 tahun dan sedang menghadapi peperiksaan PMR. Dia sudah mempunyai 3 orang adik yang memanggilnya Kak Yung. Kak Yung merupakan kakak yang garang dan kadangkala 'terover' garangnya!, Walau garang dia juga seorang anak yang tidak boleh tidur tanpa Teddy Bears di sisi!.

Buat Kak Yung, ayah ucapkan selamat Hari lahir, semoga panjang usia dan dijauhkan Allah dari segala bencana. Sebagai anak sulung, Ayah berharap agar Allah teguhkan iman Kak Yung dan menjadi seorang yang boleh membimbing adik-adik.  Ayah juga berharap agar Kak Yung akan menjadi tempat bernaung adik-adik apabila Ayah dan Emak sudah dipanggil pulang nanti.

Selamat hari lahir sayang .....

Monday, October 05, 2009

Email Dari Nadzirah

Berikut e-mail amat bermakna saya terima dari isteri tercinta.


Salam untuk semua,

Pusat Perlindungan PERNIM yang ditubuhkan untuk menjaga kanak-kanak Pesakit HIV/AIDS oleh seorang hamba Allah yang amat perihatin begitu memerlukan sokongan kita semua terutamanya dalam mengumpulkan dana untuk keperluan hariannya dan juga untuk membeli 2 buah rumah lagi bagi menampung pertambahan penghuninya .

Mungkin kita pernah mendengar atau membaca tentang pengorbanan Puan Hajah Nurlina Alawi dan suaminya yang sanggup memelihara anak-anak malang ini.  Memang saya amat kagum dengan pengorbanan mereka dan saya fikir tentu Allah akan membalas jasa mereka itu.  Cukup setakat itu saja.

Namun hati saya tersentuh bila teman saya, Puan Rozita seorang  pensyarah MASCOM UITM Shah Alam yang membantu menjayakan projek studentnya untuk mengumpulkan dana PERNIM menceritakan tentang hal sebenarnya tentang pertubuhan ini.  Disaat anak-anak saya mewah dengan mendapat hampir semua yang diidamkan rupanya anak-anak malang ini pernah dicatu nasinya hanya kerana kehabisan beras.

Rupan-rupanya kebajikan anak-anak yatim ini kurang mendapat perhatian dari orang ramai termasuk badan-badan korporat.  Ini mungkin kerana persepsi negative tentang AIDs yang masih menebal dikalangan kita orang Malaysia khususnya orang melayu. Jika anak-anak yatim lain mendapat layanan istimewa dengan jamuan di hotel-hotel besar pada bulan puasa dulu, namun anak-anak yatim PERNIM tidak dapat merasai kenikmatan ini.  Mujurlah dengan usaha pelajar-pelajar UITM itu mereka dapat mengumpul sedikit dana dalam waktu yang singkat, dapatlah anak-anak ini memakai baju raya dan seterusnya merasai suasana hari raya tahun ini.

Walaupun PERNIM mendapat sedikit bantuan dari badan-badan tertentu namun ianya masih tak mencukupi.  Saya terfikir sekiranya dana  keperluan harian merekapun tidak mencukupi inikan pula untuk mengumpul dana untuk membeli 2 lot rumah kampung untuk tempat berlindung. Khabarnya seluruh ruang rumah termasuk ruang dapur dijadikan tempat tidur sehingga halaman rumah terpaksa menjadi ruang makan.  Dan Puan Rozita sendiri pernah menyaksikan insiden menyayat hati ketika pihak berwajib hendak merobohkan khemah sementara yang didirikan untuk tambahan ruang makan hanya kerana bantahan dari orang-orang kampung yang tidak menyenangi kehadiran anak-anak malang ini.

Oleh itu kepada para dermawan, berikut adalah butir-butir akuan bank pertubuhan ini:-
Nama                :           Tabung Perlindungan PERNIM
Bank                 :           RHB
No Akaun          :           264124-00019124

Untuk pengetahuan semua, Puan Hajah Norlina dan suaminya telah menjadikan setiap anak-anak malang sebagai anak angkat mereka yang sah dan memelihara mereka seperti anak-anak mereka sendiri, tidak lebih dan tidak kurang.  Dengan bantuan beberapa syarikat yang perihatin, mereka berusaha menjana pendapatan mereka sendiri dengan menjual produk syarikat itu dengan label mereka sendiri seperti jus Nurlina, menjual tudung dan sebagainya.  Mereka amat memerlukan agen-agen jualan.  Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.pernim.org

Atas sebab-sebab kesihatan mereka tidak menerima baju-baju dan barang-barang terpakai kerana keadaan mereka amat sensitive.  Jadi apa yang mereka perlukan adalan bantuan dari segi kewangan dan juga sokongan moral dari kita semua.

Mungkin hayat mereka tidak terlalu panjang, namun mereka juga manusia biasa yang berhak untuk hidup sesempurna yang mungkin.  Jangan biarkan mereka menanggung beban dosa ibu-bapa mereka kerana mereka sebenarnya tidak bersalah.  Mungkin kita tak sehebat Puan Hajah Nurlina yang sanggup mendampingi mereka secara langsung dan mengasuh anak-anak ini, namun kita boleh menjalankan peranan kita dengan cara kita sendiri yakni dengan menghulurkan sedikit bantuan walaupun dengan hanya menyebarkan email ini.

Semoga usaha kita yang sedikit ini akan memberi sedikit manafaat kepada PERNIM dan semoga Allah jualah yang akan membalas jasa kawan-kawan semua.

Amin.


Nadzirah Zaman Huri, 5 Oct'09 UMW Industries, Shah Alam